Disember 06, 2009

(Gossip)Isteri Melarang Que Haidar Daripada Berlakon sebab Cemburu atau Masa Depan !!!



Ini info yang zoom dapat dari Berita Harian hari ini, ntah darimana si Zubir ni dapat info yang Linda melarang Que berlakon..Kesahihan belum dapat dipastikan lagi kerana empunya diri mungkin sedang mencari jawapan kepada "statement" Wartawan Bharian ni..!! apa-apa pun jum Zoom cerita wartawan Zubir di berita harian di bawah ni...!!!



Baca Selanjutnya


Jauh meleret Zubir mengomel. Sebenarnya, Zubir ingin berkongsi cerita mengenai aktor hebat Que Haidar yang baru saja menimang cahaya mata pertamanya, Tengku Ratu Haidar yang dilahirkan isterinya, pereka tari terkenal, Linda Jasmine, akhir Oktober lalu.Pasangan itu juga mempunyai anak lelaki, Qalif Khan, 8, iaitu hasil perkahwinan Linda yang terdahulu.

Pun begitu, berita terbaru yang berbisik ke telinga Zubir mengenai Que ialah dia kini sudah mendapat arahan atau boleh dianggap desakan atau permintaan daripada Linda supaya melupakan saja dunia lakonan yang pernah mengharumkan namanya sebelum ini. Que kononnya sudah tidak boleh menerima apa-apa lagi tawaran lakonan! Lebih menggemparkan, sumber yang membisikkan cerita panas ini memberitahu Zubir, Que kini sudah bergelar pengurus di sebuah kilang baja di Kuala Lumpur!

Alamak, daripada seorang aktor hebat, sekarang ni Que dah jadi orang besar kilang baja, biar ‘betik’! Khabarnya, Linda tidak membenarkan Que bergelar artis kerana beranggapan kerjaya sebagai pelakon ini tidak menjanjikan masa depan cerah. Pun begitu, menurut sumber yang rapat dengan pasangan itu, Linda terpaksa membuat keputusan itu gara-gara cemburu!