Disember 12, 2009

(Gossip) Pengakuan Faizal AF 4 Sudah Berkahwin 10 Bulan !!


Sebelum ini kecoh Faizal AF 4 ini ditangkap basah dan kahwin tergesa-gesa tanpa pengetahuan pihak media dan PUBLIC. Semalam Faizal tampil menidakkan semua persoalan yang masih belum terungkai oleh PUBLIC mengenai kisah perkahwinnya.Jum kita zoom "Statement" Faizal mengenai perkahwinan dan tangkap basah yang diheboh-hebohkan..!!



Baca Selanjutnya

"Saya mengaku sudah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis kecil di Terengganu. Saya tidak menjemput media kerana memikirkan majlis itu diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja," akuinya ketika ditemui di majlis pratonton filem terbarunya, Pulau Asmara di TGV, KLCC, di sini.

Bercerita lanjut mengenai isterinya, Faizal berkata, wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dinikahinya setelah mereka berkawan selama dua tahun.

Kata Faizal, dia memilih wanita itu sebagai isteri kerana menepati ciri-ciri wanita idamannya. Apabila ditanya mengenai nama dan latar belakang isterinya, Faizal bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan tertentu.

"Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerjaya saya berbanding cerita peribadi. Saya mohon kepada media untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai cerita perkahwinan ini.

"Kini, saya sudah membuat pengakuan. Tetapi, saya minta maaf sebab tidak dapat bercerita lebih lanjut mengenai perkahwinan ini. Saya harap pihak media dapat faham," ulas Faizal yang berulang kali memohon kerjasama pihak media agar tidak mensensasikan berita perkahwinannya.

Tambah Faizal, berita perkahwinan itu tidak mahu dibesar-besarkan kerana menyedari keadaan kesihatan isterinya yang sedang mengandung lapan bulan. Justeru, Faizal tidak mahu berita perkahwinan ini mengganggu kesihatan kandungan isterinya.

Bukan dia sengaja hendak menyembunyikan cerita 'baik' itu daripada pengetahuan media dan masyarakat, namun keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mensensasikan berita itu demi menjaga kepentingan isteri dan keluarganya.

Faizal turut berkata, dia tidak pernah menceritakan perihal perkahwinannya kepada umum kerana tiada pihak yang pernah bertanya mengenainya sebelum ini.

Difahamkan, Faizal berkahwin secara senyap demi menutup desas-desus yang mengatakan dia pernah ditangkap basah. Namun begitu, penyanyi berusia 25 tahun ini menafikannya.

"Saya bersumpah di sini saya berkahwin bukan kerana ditangkap basah. Malah, saya tidak pernah melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh," katanya lagi.

Zoom: Sekarang sudah Jelas dan terbukti Faizal AF4 bukannya di tangkap basah, apa kata anda mengenai artis keluaran Akademi Fantasa 4 ini...!! Bagi zoom masih ada persoalan kenapa mesti sembunyikan benda baik daripada masyarakat, kalau orang tau tak ada la gossip-gossip liar keluar di akhbar dan internet..!! jum komen k !!!