Disember 12, 2009

(Gossip) Beego Belum Ada pengganti !!!


Hari-hari sedih bagi Beego berlalu dengan sepi tanpa seseorang teman bicara, namun anak seni ini tetap gagah menempuh segala dugaan yang mendatang. Tanpa mempedulikan anasir-anasir yang cemburu dengan apa yang dikecapinya sebagai anak seni, beliau tanpa menoleh kebelakang meneruskan hasrat dan cita-cita sebagai seorang anak seni.

Semakin lama zoom membaca dan menulis kisah seni Artis Malaysia semakin banyak yang diketahui dan zoom dapat membezakan apa baik dan sebaliknya.Kadang-kadang zoom pening juga dengan artis kita sekarang ni.Dikaca TV punyalah baik,sopan,ayu dsbg tetapi di luar sana hanya Tuhan je yang tau.!! Apa-apa pun jum zoom temu bual Wartawan mengenai Status "Duda" Beego ni..!!



Baca Selanjutnya


Itulah yang saya malas nak jawab. Saya sebenarnya sudah bosan asyik disoal dengan soalan yang sama bila nak kahwin atau sudah ada kekasih ke? Kalau boleh tahun 2010 orang kenal saya kerana kerjaya bukannya kisah peribadi yang tidak pernah habis.


Nampaknya begitulah. Buat masa ini saya mahu fokus pada kerjaya sahaja. Saya tidak mahu berbohong atau menafikan sebagai manusia biasa saya pun mahu seorang teman tetapi saya rasa sekarang ini, semua wanita takut hendak dekat dengan saya.


kisah saya terlalu diberi perhatian media. Mungkin ada yang cop saya kaki perempuanlah dan bermacam-macam lagi yang buruk. Bagi wanita di luar sana, saya ini lelaki yang penuh dengan kontroversi dan pernah mempunyai sejarah silam yang satu Malaysia tahu. Sudah tentu mereka takut nak dekat. Kalau saya suka seseorang pun belum tentu dia mahukan saya.

Zoom : kesian kat beego ni, cari la seseorang yang boleh mengubat hati yang lara tu.Semalam zoom baru tengok cerita Beego bercakap dengan Kambing ( Tam ) lucu tapi membawa seribu makna kepada penoonton drama tersebut.Apa kata anda mengenai "Statement" Begoo ni ?