Panas juga cerita ni, belum ditayangkan dah banyak desas desus mengenainya..tak habis-habis nak menjatuhkan orang..!!! Jum zoom statement pengarah Drama ini..
Bagi Rosyam, terus-terang dia mengambil Aida berlakon sebagai Raudhah bukan disebabkan pengalaman pelakon berusia awal 50-an itu yang pernah ditangkap khalwat dan berkahwin dengan lelaki muda, Joe Radzwill.
Baca Selanjutnya
Sebaliknya, pemilihan Aida sedikit-sebanyak memberikan kekuatan untuk dia menjiwai watak itu dan mengeluarkan ‘rahsia’ untuk berdampingan dengan lelaki muda.
Sementara itu, Aida yang pertama kali bercinta dengan lelaki muda dalam sebuah drama berkata dia tidak kisah dengan isu khalwat yang dipaparkan dalam drama itu.
“Buat apa saya nak malu sebab cerita khalwat...ini realiti yang perlu saya tempuh kerana dunia akan bawa kita kepada penghujung iaitu ke mana kita akan berada melalui kesan dan kesedaran.
“Walaupun cara khalwat itu dilihat tidak berapa elok tetapi sekurang-kurangnya ia boleh mengubah seseorang itu ke jalan yang benar.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sebab ia (khalwat) merupakan suatu kejadian yang mendatangkan rahmat dan kebaikan.
“Walaupun jalan cerita dalam drama ini sedikit-sebanyak sama dengan kisah hidup saya, tetapi sekarang saya sudah sedar dan menjadi hamba Allah yang lebih baik.
“Saya juga sentiasa cuba untuk berdakwah melalui drama-drama yang saya lakonkan sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton drama itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) semalam.
Namun Aida berkata dia tidak membayangkan dirinya yang sebenar ketika berlakon drama itu kerana setiap drama lakonannya dijiwai berdasarkan imaginasinya untuk menghidupkan sesuatu watak itu.
“Saya tak pernah bawa (lakonan) diri saya dalam setiap drama yang dilakonkan. Kalau ambil sikit-sikit tu ‘ok’ lah,” ujarnya yang turut mengaku banyak mendapat tawaran berlakon watak utama selepas bertudung litup.
Jelas Aida, walaupun dia dan Zizan Nin melakonkan watak sebagai pasangan suami isteri, namun mereka masih menjaga batas agama.
“Pada mulanya saya segan untuk berlakon dengan Zizan sebab saya sudah ‘berhijrah’ jadi banyak batas yang perlu dijaga lebih-lebih lagi isteri orang.
“Alhamdulillah, saya mendapat ‘good team’ dan berkat daripada itu kami berjaya habiskan drama ini tanpa masalah besar iaitu selama dua bulan bermula Mac lalu.
“Saya tahu yang Zizan terlebih dahulu memahami tentang batas agama jadi ia memudahkan saya untuk menerangkan kepadanya.
“Misalnya, dia akan menyentuh saya di bahagian yang ‘beralas’ seperti bahu. Selain itu, ‘trick’ kamera juga banyak memainkan peranan untuk menggambarkan hubungan kami sebagai suami isteri.
“Saya juga dapat rasa ‘chemistry’ dengan Zizan walaupun kami tidak bersentuhan kerana bahasa badan seperti kata-kata pun sudah cukup untuk menggambarkan kemesraan antara suami dan isteri,” jelasnya.
Saksikan Aida dalam drama 40 episod ‘Sanggar Cinta Raudhah’ mulai 3 Disember ini, setiap Khamis pukul 8.30 malam di TV2.
Zoom Komen: Apa kata anda ?