Itu mengenai kerjaya Farawahida, didalam "statement" itu juga farawahida ada berkongsi yang empunya diri sudah berpunya.Baguslah kalau sudah berpunya, kurang juga la pandangan negative masyarakat kat luar sana..Apa-apa pun jum Zoom "Statement" (Couple) artis yang bernama FARWAHIDA ni...!!
Baca Selanjutnya
Ditanya sama ada agenda untuk berkahwin turut terselit di dalam salah satu perancangan itu apatah lagi dirinya kini dikatakan sedang asyik dilamun cinta dengan seorang jejaka yang hanya setahun tua daripadanya itu, penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini hanya ketawa kecil sebelum menjawab:
"
Saya pun memang tidak mahu lama-lama bercinta. Saya tidak nafikan, 'dia' adalah yang terbaik untuk saya. Saya kagum dengannya kerana dengan pelbagai perkara yang saya lalui selama ini, dia tetap berdiri teguh menyokong saya.
"Dia memahami apa yang berlaku dan saya berharap sangat hubungan ini akan terus bertahan,"ujarnya.
Kata Fara, kedua-duanya juga sudah mengenali keluarga masing-masing, namun penyanyi ini enggan bercerita secara mendalam tentang kekasih hatinya itu.
"Hubungan kami masih baru lagi. Walaupun saya mengenalinya sejak zaman persekolahan lagi, tetapi kami hanya benar-benar serius dalam setahun ini. Dia bekerja di dalam bidang perubatan.
"Alhamdulillah, keluarga kami 'ok'. Dia pun sering singgah di kampung saya setiap kali jika dia ingin pulang ke kampungnya di Pulau Pinang,"tuturnya yang mula diperkenalkan oleh jejaka itu oleh seorang kawan.Ditanya apa lagi perancangannya selepas ini, ujar Fara, dia hanya berharap perjalanan seni dan hidupnya akan berjalan lancar selepas ini.
Zoom Komen: Baju tetap sexy..!! Semoga Hari yang bahagia akan menjelma..Apa komen anda mengenai pasangan terbaru dan karier Artis ni !!?