Liyana atau panggilan mesranya Nana memanjangkan langkah dengan terjun ke dunia nyanyian. Single pertamanya yang berjudul “Aku Tak Percaya Cinta” ternyata berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanahair.
Dalam masa yang sama, pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun ini teruk dikecam oleh sesetengah pihak kerana dikatakan tidak boleh menyanyi dan syok sendiri. Namun, semua kritikan ini tidak melemahkan semangat Nana. Malah, dia terus maju ke hadapan apabila muncul dengan mini album yang memuatkan lima buah lagu termasuk “Aku Tak Percaya Cinta”.
Baca Selanjutnya
“Saya tahu sebelum ini ramai yang mempertikaikan kebolehan menyanyi saya. Ramai yang kritik, kata saya sebenarnya tidak boleh menyanyi. Jadi, dengan adanya mini album ini saya harap ia dapat membuka mata mereka. Biar mereka tahu yang saya sebenarnya boleh menyanyi. Tetapi tidak kisahlah, saya sudah lama bersedia untuk dikritik. Biarlah apa orang nak kata. Dulu masa saya mula-mula berlakon pun, ramai yang kata saya tidak boleh berlakon. Lama-kelamaan, pasti orang akan senyap,”jawab Nana terus-terang.