Berita terbaru Pemenang Dewi Remaja ini dilamar Radio X FM selepas Nana AF yang berhijrah.Menurut perbualan Annahita dia amat meminati bidang penyiaran terutamanya sebagai DJ..Apa-apa pun jum kita zoom statement beliau mengenai perkerjaan terbaru beliau..!!!!
Baca Selanjutnya
"Sebenarnya, dari awal lagi saya memang minat untuk jadi penyampai radio, cuma selama ini saya tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Seronok sebenarnya boleh berinteraksi dengan pendengar dan dapat mendengar pelbagai jenis muzik.
"Disebabkan itu, bila X FM menawarkan saya untuk sertai mereka, saya menganggap ini sebagai rezeki dan tidak berfikir panjang untuk mencubanya.
Buat masa ini, saya masih di dalam proses latihan dengan stesen terbabit sejak tiga minggu lepas dan akan mula keudara pada hujung minggu depan.
"Saya sendiri belum pasti untuk slot apa, malah sehingga hari ini saya juga belum pasti sama ada akan menjadi penyampai untuk sepenuh masa atau separuh masa. Semuanya masih dalam perbincangan,"kata Annahita.
Menurut pelakon, pengacara dan model berusia 27 tahun ini, sepanjang mengikuti latihan sebagai penyampai radio, dia akui cukup teruja untuk memulakan karier barunya itu apatah lagi dia banyak dibantu oleh DJ lain di stesen tersebut.
"Setakat ini, semuanya 'ok'. DJ lain banyak membantu terutamanya DJ Shaz. Saya harap dapat melakukan yang terbaik menerusi karier ini,"kata Annahita dalam nada ceria.
Dalam pada itu, ditanya tentang perkembangan dirinya selama ini, ujar Annahita, dia telah menetap selama setahun di Amerika Syarikat kerana mengikuti program pertukaran di sana dan baru pulang ke tanah air sekitar Ogos lalu.
"Apa yang saya belajar di sana tiada kaitan dengan bidang perundangan yang saya belajar ketika di UiTM. Sengaja saya ikuti program ini untuk mempelbagaikan ilmu.
"Saya ke Illinois dan mengambil kursus teater di College of Lake County selama empat bulan.
Kemudiannya saya ke New York dan belajar di Norwalk Community College selama enam bulan yang mana saya mengambil beberapa subjek seperti kebudayaan, teater dan juga vokal.
"Memang pengalaman yang cukup menyeronokkan ketika berada di sana. Salah satunya adalah ketika mengikuti kelas vokal yang diajar oleh guru vokal Broadway.
"Apapun, saya tidaklah berminat untuk menjadi penyanyi. Tetapi saya akan menggunakan ilmu yang saya pelajari itu di dalam bidang lakonan terutamanya dari segi lontaran vokal yang baik,"katanya.
Ditanya pula tentang perancangannya kini selain bergelar penyampai radio, tutur Annahita, dia sememangnya amat merindui untuk kembali mewarnai dunia lakonan dan pengacaraan.
"Saya memang rindu sangat dengan bidang ini. Tetapi rasanya buat masa ini, biarlah saya tumpukan pada satu demi satu kerja dulu. Memang ada beberapa tawaran pengacaraan dan lakonan, tetapi semuanya masih dalam perbincangan lagi.
"Saya juga akan menyambung kontrak selama setahun lagi dengan produk kecantikan De Wajah sebagai duta,"katanya yang juga masih menantikan tayangan filem lakonannya, Cinta Terakhir arahan Along Kamaludin yang telah menjalani penggambaran pada penghujung 2005.
Zoom KOmen: Selamat kembali ke dunia artis malaysia dan semoga berjaya dalam pekerjaan baru anda..Apa komen pembaca di zoomartis?