
Jika diikutkan Ainul Aishah, 24, dia tidak mahu lagi terlalu mendedahkan tentang kisah cinta. Bukan ingin terlalu berahsia, tetapi bagi Ain, dia tidak mahu sering menonjol dengan kisah peribadi. Namun, berkali-kali dipujuk, gadis ini akhirnya gagal menolak pertanyaan tentang subjek cinta.
Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun dengan seorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, dia kini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalan lanjut dengan jejaka tersebut. Yakni seorang ahli perniagaan muda berusia 22 tahun (penjual burger ker).
Info : Izyan