
Mulan Jameela mengalami kemalangan apabila beliau dikatakan stress gara-gara memikirkan Dhani yang menikah dengan wanita lain.
Kemalangan tersebut terjadi, pada Sabtu (15/8) malam, selepas show di Malang, Mulan yang bergegas ke Bandara Juanda, Surabaya dengan kereta yang dipandu laju oleh rakanya akhirnya hilang kawalan sehingga menyebabkan kereta tersebut berpusing tiga kali di tempat kejadian.
“Sampai berguling 3 kali sih, abis itu kena tiang listrik dan kejatuhan lampu jalan,” kata Mira, manager Mulan Jameela.
Menurut Mira lagi, keadaan Mulan tidak terlalu membimbangkan. Mulan hanya mengalami luka-luka ringan sahaja. Akibat dari kemalangan tersebut, muka Mulan mengalami lebam-lebam akibat terhantuk di dashboard kereta beberapa kali. Pipi dan hidungnya luka. Mulan langsung dibawa ke Jakarta dan dirawat di hospital Pondok Indah.
“Kalau ketemu nanti pasti nggak kelihatan kok. Cuma mimisan aja,” tegas Mira.
Pada ketika ini Mulan sudah berada di rumahnya di kawasan Pondok Indah dan Mulan Jameela dinasihatkan oleh doktornya untuk berehat sahaja dirumah buat sementara waktu.