Ogos 29, 2009

(Gossip) Lydiawati gagal ke Mahkamah


Lydiawati gagal tampil di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini untuk menfailkan kes menghina mahkamah terhadap bekas suaminya, Datuk Azhar Mohd. Zar.

Pada 5 Mei lalu, Azhar melafazkan cerai talak satu terhadap Lydiawati di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Fauzi Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada pukul 11.47 pagi.

Bekas suami pelakon itu diperintah Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat supaya memulangkan semula semua barang perkakas perkahwinan bernilai RM67,000 serta membayar nafkah edah, mutaah dan tunggakan nafkah berjumlah RM36,000.

Bagaimanapun, difahamkan Azhar masih belum menurut arahan mahkamah tersebut sehingga hari ini.

Menurut peguam Lydiawati, Norazmi Mohd. Arif, dia tidak boleh mewakili anak guamnya (Lydiawati) memfailkan kes tersebut dan dia tidak tahu punca ketidakhadirannya.

Pada 5 Mei lalu, Azhar melafazkan cerai talak satu terhadap Lydiawati di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Fauzi Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada pukul 11.47 pagi.

Azhar, 35, dan Lydiawati, 43, atau Salina Zaimon berkahwin pada Ogos tahun lalu dan bercerai ekoran tidak wujud kesefahaman antara mereka.

Perintah bayaran sejumlah RM103,000 yang perlu dibuat Azhar itu adalah perjanjian bersama pasangan itu.

Bagaimanapun, difahamkan Azhar masih belum menurut arahan mahkamah tersebut sehingga ke hari ini. Kes ini akan disambung apabila Lydiawati menetapkan masa yang sesuai pada masa akan datang.(sumber:mstar)