Ogos 07, 2009
(Gambar) Melisa Saila & 3 org anaknya
Melissa Saila , 37 tahun yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya pada 16 Jun lalu belum habis pantang tatkala penulis dan jurugambar ke rumahnya baru-baru ini. Namun begitu, dia tetap memberikan kerjasama yang baik. “Saya jenis yang aktif dan tak suka duduk diam. Kalau ‘berehat’ terlalu lama, saya akan mula sakit-sakit,” ujarnya sambil menyambung cerita tentang bayi barunya Zahrah. “Saya bersyukur kerana anak ketiga saya, Zahrah selamat dilahirkan. Yang seronoknya sebab Zahrah lahir dengan berkongsi tarikh yang sama dengan abangnya Zain. Jadi, nanti bolehlah menyambut ulang tahun sekali.
“Buat masa sekarang, rasanya cukuplah dahulu dengan tiga orang cahaya mata. Bukan nak merancang cuma kalau boleh saya mahu melihat mereka membesar dan beri perhatian sepenuhnya sebelum memikirkan untuk menambah ahli keluarga baru,” kata Melissa yang melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan sama seperti anak pertama dan keduanya.
Akuinya, selepas berpantang dia akan meneruskan kembali karier nya dalam bidang seni. Melissa yang sebelum ini pernah berlakon dalam teater P. Ramlee Muzikal musim ke2 kini mengorak langkah ke hadapan apabila membuka sebuah syarikat produksinya sendiri dengan suaminya, Megat Fauzi.
“Segala-galanya bermula ketika kami menyertai satu pertandingan filem pendek sekitar 2007 yang mana suami menulis skrip untuk filem tersebut. Dari situ timbul minat nak buka syarikat produksi sendiri. Alhamdulillah, kini kami sudah pun memilikinya yang diberi nama Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd dan bakal beroperasi di Taman Tun Dr Ismail tak lama lagi.
Zoom COmment : Dah ada Anak Tiga,dah ok la tue..ada yang dah kahwin lama dah tapi dapat sorang pun tak der...Tahniah untuk anda semoga menjadi seorang ibu yang baik walaupun sibuk berkerja...U alls pun same la..Ibu2 yang baca Zoom !!! :P
Labels:
Anak Artis,
Artis Malaysia,
Family Artis,
Gambar Actress,
Keluarga,
Melissa