Ogos 07, 2009
(Celebrity News) Qhauhd Dah Solo !!!!!
Jika dulu kehidupannya hanya dikelilingi keluarga dan sahabat, namun kini ruang lingkup tersebut menjadi lebih lebar dengan kehadiran peminat yang ingin mengetahui perkembangan hidupnya. Mungkin ini berita baik untuk peminat apabila mengetahui Qhauhd kini kembali solo.
"Hal ini terlalu peribadi untuk saya ceritakan. Cukuplah kalau saya beritahu kini saya dah single.
"Sebenarnya masalah timbul sebelum saya masuk AF lagi. Mungkin antara kami dah tak ada jodoh.
"Saya bukan seorang yang memilih, cukuplah bakal isteri saya seorang yang ikhlas, bersopan santun, amanah, lemah lembut dan jujur," ujarnya mengenai wanita pilihan.
Qhauhd kini juga sedang sibuk dengan perancangan mengeluarkan single terbaru dan pastinya konsep ketuhanan dan kehidupan menjadi pilihan.
Zoom Comment : Apa-APa La Qhauhd,Jodoh Dan Pertemuan Di TanganNya..Mungkin Ada Hikmah disebalik apa yang berlaku.Teruskan perjuangan Anda Sebagai Seorang ANak Seni.Dengar Khabar Qhauhd menyanyikan lagu Berunsur Agama..Bagus la Qhauhd kat luar tue penyanyi ramai yang tak nak menyanyi lagu berunsur agama ni sebab takut tak laku..Good LUck..!!!