Ogos 21, 2009

(Celebrity News) Taufik Batisah Bengang Dituduh Kasanova


Lain Pula kisahnya Artis Singapura ni,Dia bengang sebab dilabel sebagai jejaka kasanova.

Taufik yang juga seorang komposer, menganggap populariti adalah satu perkara penting dalam industri hiburan kerana tanpanya sukar bagi dia menembusi pasaran Malaysia dan dikenali ramai.

Tidak mahu dikenali berdasarkan rupa paras, Taufik yang sudah beberapa kali memenangi Artis Singapura Paling Popular di Anugerah Planet Muzik, menginginkan peminat menghargai muzik yang diperjuangkannya.

Taufik mengaku mungkin kerana ingin menaikan "publisiti" dia dilabel Jejaka "Kasanova" kerana selalu mendampingi ramai wanita.

Berikut temu bual Taufik dengan wartawan :

"Kelakarlah bila dengar orang kata saya seorang 'player' memandangkan selalu keluar bersama wanita. Bagi saya, keluar dengan wanita adalah perkara biasa dan tidak semestinya kami bercinta. Kalau diikutkan, kawan baik saya sendiri seorang wanita.

"Ketika ini, saya berkawan dengan ramai wanita. Lagipun, kalau keluar dengan lelaki saja, nanti timbul pula gosip mengatakan saya ini gay. Sukar hendak menutup mulut orang. Tetapi, saya terima kerana ia menandakan pembabitan dalam dunia seni muzik disedari ramai.

Apa-apalah Taufik asal ko bahagia..No comment sebab tak tau sangat mengenai taufik ni..Apa komen u alls ?