Ogos 20, 2009

(Celebrity News) Komen Farrawahida Selepas Konterversi Video Lucah !!



HAMPIR dua bulan Farawahida yang mesra dengan panggilan Fara ini menyepi gara-gara kemelut yang melanda dirinya dan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.
Bermula dengan pergaduhan yang lebih bersifatkan 'peribadi' sehingga meleret kepada isu Fara dikatakan melanggar perjanjian kontrak dengan syarikat milik Julfekar sendiri, Millennium Art Sdn Bhd (MASB), ketegangan antara mereka dilihat semakin besar apabila Fara membuat pendedahan satu demi satu tentang 'kesengsaraan' yang dialaminya selama berada di bawah jagaan Julfekar.
Antaranya, Fara akui pernah dimaki dan dikasari Julfekar dan dia mempunyai alasan sendiri untuk keluar dari berada di bawah naungan syarikat itu. Isu Fara dan Julfekar tidak terhenti di situ apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan balas.
Julfekar antara lain mengaku dia dan Fara menjalinkan hubungan cinta dan penyanyi itu sendiri pernah mendesaknya untuk berkahwin. Namun, Fara pula menepis kenyataan komposer itu dan menegaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar profesional.
Julfekar juga ketika itu turut berkata ingin untuk menyaman bekas anak didiknya itu.
Pergolakan antara mereka sampai ke kemuncaknya apabila Fara membuat empat laporan polis mendakwa Julfekar mengugutnya dan turut membuat ugutan bunuh. Laporan terbaru yang dibuat oleh Fara adalah pada 1 Julai lalu di IPD Petaling Jaya mendakwa Julfekar mengugut pula untuk mengedar gambar dan video lucahnya.
Kes tersebut masih berada di dalam siasatan polis dan tatkala Julfekar mendakwa Fara sengaja menabur fitnah, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu pula terus mengambil keputusan untuk 'menghilangkan' diri.
Namun, tempoh 'persembunyian' Fara nampaknya berakhir jua. Hadir pada rakaman program raya Wanita Hari Ini dan Nona terbitan TV3, semalam, penyanyi berusia 24 tahun ini ternyata kelihatan ceria.
"Saya kena jadi Fara yang baru, kena berdiri atas kaki sendiri. Kata kuncinya di sini, saya rasa 'bebas'! Tidak lagi terikat dengan orang yang akan menentukan itu dan ini," tutur Fara sambil menguntum senyuman.
Ujar gadis kelahiran Taiping, Perak ini, dia tidak berniat untuk menghilangkan diri selama ini, namun tutur Fara, dia perlukan masa untuk meleraikan segala kekusutan dan menenangkan fikiran.