Jun 03, 2009

(Celebrity News) Juliana Sophie Meniti hari bahagia


Malah, setiap kali diajukan soalan kepada gadis berusia 20 tahun ini atau lebih mesra dengan panggilan Juliana Evans, telefon bimbitnya sentiasa berada di genggaman.

Apatah lagi, pesanan mesejnya sering berbunyi dan dibalas dengan senyuman penuh erti. Melihat keadaan si gadis comel ini, hati kuat mengatakan yang tuan empunya badan sedang hangat bercinta.

Lagipun, pernah sebelum ini terdengar Juliana dikatakan rapat dengan vokalis kumpulan Bunkface, siapa lagi kalau bukan Sam.

Ketika ditemui sewaktu fotografi RAP, terus diajukan sama ada gadis kacukan Inggeris dan Melayu ini sedang hangat bercinta dengan vokalis yang popular dengan lagu Situasi, Juliana tersenyum simpul lalu mengakuinya.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengakui perkara itu kerana kami memang bercinta. Lagipun, saya seorang yang suka berterus-terang dan kami memang tidak mahu berahsia.

"Episod cinta yang terjalin antara kami baru saja bermula. Selepas saya putus kasih dengan seorang pemuda ahli perniagaan, dia hadir dalam kehidupan saya dan menggembirakan hati yang lara.

"Cuma, apa yang saya harapkan, cinta yang baru sahaja terbina indah ini akan terus berkekalan," katanya.

Tidak sah atau tidak lengkap tanpa menjengah kisah awal hubungan pasangan kacukan yang comel ini terjalin, lalu diminta Juliana menceritakan detik indah terbabit.

"Semuanya berlaku tanpa dirancang atau disedari. Kebetulan, saya dengan adik Sam terbabit dalam satu penggambaran drama bersiri, Kasut Tumit Tinggi Dari situ kami mula berkenalan. Awalnya, hubungan kami tidak lebih dari kawan. Tetapi, lama-kelamaan, hubungan kami semakin rapat dan masing-masing mendapati ada persamaan yang menyatukan kami.