Mei 12, 2009

(Kontroversi) Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara - Nabil


Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia.
Lagipun saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula.
Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara.

==== Berikut adalah petikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nabil sendiri. Mungkin bagi’nya kenyataan itu hanya’lah lawak namun bagi masyarakat di luar mereka semua memandang serius isu adegan peluk yang melibatkan kekasih hati’nya, Irma Hasmie.

====

Nabil seharus’nya serius dalam memberi kenyataan yang berkaitan dengan isu ini dan sememangnya Oh! Artis akui bahawa adegan peluk itu tidak akan dan tidak sedikit pun menjejaskan ekonomi negara tetapi boleh menjejaskan ekonomi Nabil sendiri. Jadi, tepuk dada tanya’lah selera yer.. (Jangan hanya pandai buat kenyataan ‘bodoh’ je. Sendiri mau ingat laa.)

P/s.. Baru je menang Anugerah Bintang Paling Popular dah mula buat hal. Kalau berterusan macam ni, esok lusa lingkup’lah gamaknya.