Mei 28, 2009

(Gossip) Estranged bagaikan syok sendiri?



Kisahnya terjadi dalam sebuah konsert anjuran anak-anak orangberada dari negara seberang, baru-baru ini di kawasan meletak kereta Adi Stadium Bukit Jalil. Cik Normah pun tak tahu --menahu rupa-rupanyaada konsert yang diberi nama Rhythm Of Unity berlangsung 23 Mei lalu.Yang Cik Normah nak bebelkan di sini bukan mengenai soal tiada undanganmedia yang dilakukan, sebab Cik Normah pun tak hairan.

Yang ingin Cik Normah ceritakan di sini ialah mengenai gelagatkumpulan Estranged yang syok sendiri dan tak mengendahkan pesananpenganjur supaya tidak menyanyikan banyak lagu. Bayangkan ketikakonsert itu berlangsung, kumpulan ini boleh menyanyikan lebih limalagu. Lucunya, ada lagu yang mereka nyanyikan tidak ‘mesra’ telingapeminat.


Lara beritahu sebelum ini pun Estranged pernah melakukan perkara yangsama ketika terbabit dalam persembahan Big Jam Hot FM di Danga Bay,Johor Bahru. Hai, tak serik lagi ke wahai kumpulan Estranged. Berbalikkepada konsert yang diceritakan Lara tadi, bayangkan pihak berkuasameminta supaya konsert itu tamat sebelum jam 12.30 tengah malam.

Tapi gara-gara Estranged yang menyanyi banyak lagu hinggamengakibatkan kumpulan terakhir yang dijadualkan membuat persembahaniaitu Slank terpaksa membataskan jumlah lagu kerana kesuntukan masa.Kumpulan dari Indonesia itu hanya menyanyikan satu lagu medley dan satulagu penuh saja.

Cik Normah difahamkan sudah beberapa kali kumpulan yangdiketuai suami kepada Velvet itu diberi pesanan dan amaran, tapi merekamasih buat tak tahu dan ‘bantai’ nyanyi banyak lagu. Perlu ke?

Estranged Pentingkan Diri

KL, 28 MEI 2009: Kagum betul Zoom dengan kumpulan Estranged. Setiap kali muncul dengan single baru, lagu tersebut mesti mendapat sambutan. Yelah, dari lagu Itu Kamu, Yang Pernah sehinggalah Aurora, semuanya popular dan disenangi di halwa telinga pendengar.

Zoom sendiri selalu menyanyikan lagu Auroratatkala sedang asyik memandu untuk pergi dan pulang kerja. Namun,secara tiba-tiba pula Murai Batu terdengar cerita kurang enaktentang kumpulan ini.

Baru-baru ini, ketika konsert yang diberi nama Rhythm of Unity,Murai Batu dapat tahu kumpulan ini khabarnya sudah mula tunjuk belangdan berlagak diva. Murai Batu difahamkan, konsert tersebut bukan sajamelibatkan Estranged tetapi turut melibatkan band popular sepertiHujan, One Buck Shot, Letto dan Slank.

Apa yang menjadi cerita, pihak penganjur dikatakan ada memberitaklimat kepada semua kumpulan tentang permit masa yang ditetapkanpihak berkuasa. Mereka hanya diberi waktu sehingga jam 12 malam sahajauntuk beraksi.

Jadi, disebabkan itu, setiap kumpulan hanyadiberikan peluang menyanyi paling maksimum pun 4 lagu. Tetapi,Estranged khabarnya tidak mengikut kata dan kuota dan menyanyikansehingga 6 lagu!

Walhal, mereka bukanlah kumpulan terakhirkerana mengikut turutan, Slank adalah yang terakhir. Disebabkankelakuan Estranged yang tak ikut kata dan macam pentingkan dirisendiri, anggota Slank terpaksa menyanyikan 2 buah lagu saja sedangkanpeminat mereka masih belum puas.

Zoom difahamkan juga, band utama pada malam itu adalah Slank dan band yang terdahulu hanya jemputan saja. Entahlah.

Atassebab inilah, ramai yang bengang dengan sikap Estranged kerana merekaseolah-olah mereka buat slamber saja. Apa yang mengecewakan pihakberkenaan, Estranged telah menggunakan pentas tersebut denganmenyanyikan lagu baru mereka seperti mahu cari ruang promosi.

Mengapa perkara sebegini berlaku? Benarkah Estranged sengaja berbuat demikian?

Zoom Admin: Tertunggu-tunggu bila pula vokalis Estranged, Rich, nak tunjukkan foto anaknya itu?

info : Murai