Mei 05, 2009

Artis Malaysia : Fara Fauzana Hot Fm Crewz



Mula berjinak dengan stesen radio setelah menjadi ahli skuad Perodua radio Era. Dan kemudian dinaiktaraf menjadi DJ di Era. Terkenal dengan ucapan trademark “Halluu….” di siaran radio. Pernah merakamkan lagu bersama Linda Onn, Nana dan Niela Kurnia sewaktu bertugas di Radio Era. Memulakan karier sebagai hos TV dengan berpasangan dengan Wahid Senario dalam mengendalikan rancangan popular Melodi di TV3. Memperkenal dan mempopularkan aksi “layan…..” bagi menyaingi aksi “zaas….” oleh Wahid di kaca TV.

Berhijrah ke Stesen Radio baru, Hot FM pada tahun 2006 dan membentuk pasangan serasi bersama Faisal Ismail (FBI). Popular dalam rancangan kru pagi di Hot FM. Mendapat jolokan ’si peha besar’ dan ‘drum stick’ daripada Faisal. Membantu Hot FM menduduki carta kedua paling popular selepas Era FM dalam kajian oleh Nielsen Company Malaysia.

Menurut Fara sendiri, beliau tidak suka memasak dan menjahit (mungkin tak pandai?).

Pada akhir tahun 2006, Fara disunting oleh Aziz M Osman dan syarikatnya untuk membintangi Siri Sitcom televisyen, FARA, yang ditonton sehingga lebih 3 juta penonton dan berada di carta 5 rancangan paling popular di TV3.

Fara merupakan pemenang anugerah DJ Radio Paling popular Berita Harian untuk tahun 2004 dan 2005.