
KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2009: Sejak dari minggu pertama Akademi Fantasia 7 (AF7) lagi, undian SMS untuk pelajar beranak lima - Isma - telah kelihatan tinggi. Ini menyebabkan Isma sentiasa berada pada kedudukan selesa dan kini terus bertahan dalam pertandingan realiti TV paling popular dan semakin hangat itu.
Bagaimana agaknya Isma meraih undian yang tertinggi dalam setiap konsert mingguan AF7? Siapa yang mengundinya dan dari mana sebenar datangnya kesemua undian Isma tersebut?
Apabila ditanya tenaga produksi AF7, mereka sendiri tidak mempunyai jawapan yang konkrit dan solid.
"Sukar bagi kami untuk menjawab pertanyaan ini kerana kami sendiri tidak tahu siapakah sebenarnya kelompok pengundi setia Isma. Bagi kami pencapaian Isma itu sungguh membanggakan kerana dialah satu-satunya peserta AF sejak musim pertama yang telah berkahwin dan mempunyai ramai anak, tapi cukup popular.
we all wish u isma...
info : murai