April 17, 2009

Memey sedia terima Norman ??


"SAYA tak bersalah dan mangsa keadaan." "Kalau sudah tertulis qada dan qadar antara kami berdua memang ada jodoh, Memey sedia menerimanya sebagai suami," akuinya jujur. Itu luahan aktres muda, Memey Suhaiza Suhaimi membuka perbualan mengenai kisah di sebalik tragedi hitam dia dan bekas suami Abby Abadi, Norman Hakim yang didakwa berkhalwat pada 30 Oktober lalu. - petikan dari UTUSAN ONLINE

Apa nak jadi? Dulu kata Memey dan Norman tiada apa-apa hubungan melainkan hubungan secara profesional. Sekarang lain pula ceritanya. Selepas menyembunyikan diri lebih dari dua bulan baru Memey tampil untuk memberikan kenyataan yang dia kini. Memey juga menyatakan selama dua bulan ini dia tidak 'menyembunyikan' diri.


"Semua orang kata Memey menyorok hakikatnya Memey tak menyorok. Selepas ditangkap, orang tak dapat jumpa Memey sebab Memey pergi balai pada waktu pagi dan Norman pergi sebelah petang. Rata-rata pihak media pergi ke balai pada waktu petang. Bahkan, seminggu selepas kejadian Memey masih ada di Kuala Lumpur sambil ditemani oleh ibu,"

Apa-apa pun Memey, 2009 ini bakal menuji Memey dan Norman dengan lebih hebat. Yang penting Memey dan Norman perlu hadapinya dengan tabah. Nasihat MM kepadaMemey, selepas ini jangan lari dari media dan tunggu berbulan-bulan untuk membuat sebarang kenyataan kerana pelbagai spekulasi akan timbul kiranya Memey berbuat begitu