Januari 17, 2011

Gambar Kekasih Heliza AF5 ?

Menurut info yang Zoom dapat jejaka bernama Ahmad Syafiq ini ( Facebook ) adalah kekasih dan jantung hati Heliza AF. Dan juga jejaka ini dikatakan telah berjaya menambat hati Heliza yang comel ketika Matrikulas lagi sehinggalah sekarang.

Dan Gossip Heliza oleh Datuk sebelum ini sudah pasti hanya omongan kosong sahaja jika betullah jejaka ini kekasih beliau.

Daripada petikan utusan :



Heliza juga berkata, sehingga hari ini, pintu hatinya belum terbuka mahu bercinta, malah belum ada lelaki yang benar-benar boleh menakluk hatinya. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya.

"Percaya atau tidak terserahlah, tetapi empunya diri yang bernama Heliza ini sukar nak jatuh cinta. Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi hati saya belum terbuka nak menerima sesiapa. Mungkin kesibukan dengan jadual pelajaran, di samping jika bercuti, ada saja aktiviti nyannyian yang diaturkan membuatkan saya tiada masa nak fikir soal peribadi.

"Saya gembira hidup seperti ini, belum masanya saya bercinta lagi. Saya nak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya terlebih dulu. Tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Saya mahu membahagiakan keluarga dan memberi limpahan kemewahan hidup pada mereka. Jadi soal lain biarlah ditolak ketepi dulu.




ZoOm : Entahlah mana yang betul info/fakta/gossip..tapi yang sebenarnya hanya empunya diri yang tahu..


Apa kata anda ?