Mei 28, 2010

Ina Naim Mengandung lagi !!

Alhamdulillah mungkin sudah rezeki anda,semoga anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh dan soleha...Lama tak dengar khabar mengenai Ina Naim ni, terutamanya selepas melahirkan anak yang sulung.


Mari kita baca cerita dan info dari Norma Becok ni... :P 



2010/05/28      BARU-baru ini teman sepejabat Cik Normah sempat bertanya khabar kepada Ina Naim. Perbualan mereka tidak terhenti setakat bertanya khabar saja, sebaliknya isteri kepada bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad itu memaklumkan dirinya sudah berbadan dua. Kandungannya kini berusia empat bulan.

Nampaknya selepas melahirkan anak sulungnya, Ehmed Hadie Elfardie pada 2008, Ina akan dapat lagi anak beberapa bulan lagi. Selain Ina, penyampai radio XFM, Nana pun sedang berbadan dua. Baguslah. Itu namanya rezeki. Akhirnya Cik Normah juga yang terasa hati sebab belum ada rezeki ke arah itu. Tak apalah.

Kata Ina lagi kepada teman Cik Normah, dia cuma mengalami alahan waktu pagi saja. Biasalah itu. Normallah kalau orang mengandung. Cakap mengenai mengandung, sedih Cik Normah baca cerita mengenai Anne Ngasri yang sedang mengandung empat bulan juga tapi terpaksa berdepan dengan kemelut perceraian. Nasib badan.
Buat teman artis Cik Normah yang mengandung itu, apa saja dugaan yang dihadapi diharap tidak akan menjadi alasan untuk melupakan tanggung jawab besar yang anda galas itu. Buat Ina, Nana dan Anne, Cik Normah harap jangan buat kerja berat sangat. Utamakan anak dalam kandungan itu ya.