Memaparkan catatan dengan label Triller. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Triller. Papar semua catatan

Mac 08, 2012

Sinopsis Filem Bunohan | Kutipan Filem Bunohan | Video Filem Bunohan

SINOPSIS FILEM BUNOHAN

BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut.

Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan.

Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu. Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Trailer Bunohan :

Julai 08, 2011

Sinopsis Harry Poter and the Deathly Hallows | Triller Harry Potter


Filem Harry Potter and the Deathly Hallows (Bahagian I) adalah filem yang ke-7 dan terakhir di dalam siri Harry Potter. Dan Filem Harry Potter yang  diadaptasi dari novel tulisan J.K. Rowling akan ditayangkan dipawagam pada 14 Julai 2011.

Berikut serba sedikit Sinopsis untuk bacaan anda di ZoOmArtis :

Secara ringkasnya sinopsis untuk filem "Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian I":
  • Harry Potter (Daniel Radcliffe) dan sahabat baiknya, Ron Weasley (Rupert Grint) dan Hermione Granger (Emma Watson) mempunyai misi pencarian artifak, Horcruxes dan memusnahkannya sebelum ianya dijumpai oleh Voldemort. Jika tidak kuasa Voldemort akan bertambah kuat. Sebelum ini dua daripada artifak telah pun dimusnahkan iaitu diari kepunyaan Tom Riddle dan juga cincin Marvolo Gaunt
  • Mereka bertiga perlu bergantung antara satu sama lain dan semasa pencarian artifak tersebut, persahabatan antara Harry dan Ron menjadi tegang dan ianya merumitkan lagi keadaan
  • Di samping itu, Voldemort juga menyusun pengikut-pengikutnya untuk mengalahkan Harry Potter. Peranan Severus Snape sebagai pembantu Voldemort di dalam cerita ini semakin terserlah. Tetapi Voldemort tidak dapat membunuh Harry dengan menggunakan tongkat saktinya (wand)

Mac 01, 2011

Filem Baru : Sinopsis Dan Triller Filem Penunggu Istana Arahan Wan Hasliza

Sinopsis:


Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. 

Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

 Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. 

Disember 15, 2010

Sinopsis Misteri Dendam Balan Balan The Movie And Making

Sinopsis:


Cerita ini mengisahkan seorang penulis cerita mistik (Jalal Maran) dan sekumpulan pelajar (Diana, Danial, Ramona) telah datang ke Sabah untuk mengkaji mengenai cerita Misteri Balan-balan.
Mereka bergabung menjadi sekumpulan untuk merungkai persoalan-persoalan mengenai Makhluk misteri tanpa kepala itu. Mereka telah sampai ke sebuah kampung yang mengalami satu demi satu kematian yang cukup misteri dan menjadi tanda tanya. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba mengejar makhluk balan-balan dan mengambil jasadnya namun semuanya sia-sia. Lebih dasyat lagi apabila makhluk tersebut membalas dendam dan Diana menjadi mangsa. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba berusaha mencari dan memulihkan jasad tubuh yang sudah ditinggalkan oleh kepala Diana dengan bantuan tok gurunya dalam masa yang paling pantas iaitu tiga hari tiga malam.

Disember 12, 2010

Sinopsis dan Trailer Filem Libas

Sinopsis:

Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga  dia  di gelar sebagai raja libas malaysia. Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya  dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot.

November 14, 2010

Sinopsis dan Trailer Filem NGANGKUNG (U) Pada 25 November 2010

Directed by:Ismail Bob Hasim. Cast:Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Azlee Jaafar, Eira Syazira, Mazlan Ahmad, Putri Mardiana. Film Synopsis: "Ngangkung" tells the story of a lorry driver Azim who lives a moderate lifestyle with his wife Suri and his daughter.

September 23, 2010

Filem : Sinopsis Dan Triller Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Di Pawagam 7 Oktober

JPBC 2 mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) dalam usaha menewaskan Mustika (Lisa Surihani) dan Pak Mor (Azlee). Mereka akhirnya dipertemukan dengan Wak Ketari (Bob Kuman) untuk mempelajari ilmu kebomohan.

September 19, 2010

SINOPSIS
Sinema Asia
Fist of Legend
Tayangan: 23-Sept-2010 

Seorang murid biasanya akan selalu membela guru yang dihormatinya ataupun yang disayanginya. Itulah yang dilakukan oleh seorang tokoh yang merupakan legenda sejarah China dalam film aksi laga Mandarin yang berjudul berjudul Fist of Legend hasil besutan sutradara Gordon Chan di tahun 1994 ini

September 16, 2010

Linkinpark New Album - A Thousand Suns

Today, our new album A Thousand Suns is out everywhere. We're thrilled for you to finally hear and see this ambitious project in its entirety.

Sinopsis And Triller Aplha And Omega Movie 2010

Watch Alpha and Omega Movie - Just like on your favorite cartoon shows this film will surely make you crave for more and more. Alpha and Omega is a movie centers on Kate (Hayden Panettiere) and Humphrey (Justin Long). The two are both wolves from the same pack in Canada's Jasper National Park, but on opposite ends of the social order. Kate is an alpha wolf (holding the highest of rankings) whereas Humphrey is an omega wolf (holding the lowest of rankings).

Films : Triller And Sinopsis Revenge of the King Cobra


Zoom : Seram juga Filem ni, Layan juga Triller dari Youtube tapi dalam banyak-banyak filem Thailand yang Zoom tengok 80% menjadi..Apa-apa pun jum pergi pawagam dulu... :P