Memaparkan catatan dengan label Norman KRU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norman KRU. Papar semua catatan

April 16, 2011

KRU TV dalam web tonton !!

Memang menakjubkan sebab KRU sekali lagi mendahului syarikat lain dalam arena industri hiburan kerana tanpil dengan channel tersendiri yakni KRU TV. Untuk pengetahuan anda di ZoOmartis dan Facebook rancangan KRU TV boleh ditonton melalui laman web www.tonton.com.my.



Selain menyiarkan filem-filem terbitan KRU, saluran itu juga memaparkan program-program hiburan seperti KRU Paparazzi, KRU Jukebox, KRU The Making of, KRU 24/7, KRU Anime, KRU Blockbuster, Extravaganza, selain drama bersiri dalam format Webisode tidak lama lagi.


Sejak mula bersiaran pada Januari lalu, KRU TV berada di tangga kelima daripada 13 saluran web tv yang disiarkan dalam Tonton.
Tonton merupakan stesen televisyen web yang diperkenalkan oleh Alt Media Sdn Bhd bermula 6 Ogos 2010.




ZOOM : Tabik Spring dekat KRU !! Apa Pula Kata ANda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

September 27, 2010

Kutipan Filem Magika Pada Hari Ke 4 RM1.3 Juta

PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.
Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.


Zoom: Well Done...:) Sape yang dah tengok cerita ni share la !!!

Oktober 01, 2009

(Gossip) Norman serik hebohkan jumlah kutipan ‘Jin Notti’ !!



Norman,Mawi,Fara Fara Bertemu Peminat Di Midvalley

Konterversi Norman Dan David Teo Semakin reda dengan komen terkini dari Norman Mengenai status kutipan Jin Notti Sebelum ini,berikut komen daripada Norman mengenai Gossip yang sedang hangat diperkatakan.

PERANG psikologi yang ditimbulkan kepada peminat filem Melayu pastinya membuatkan mereka tak keruan untuk menonton filem ‘Jin Notti’ atau ‘Momok The Movie’.

Produser ‘Jin Notti’, Norman Abdul Halim akui kontroversi kutipan filem siapa yang lebih tinggi bukanlah sengaja dilakukan hasil pakatan pihaknya dan pengedar ‘Momok The Movie’, David Teo.

Baginya, setiap filem mempunyai tarikan berbeza. Ujar Norman, “‘Jin Notti’ lebih untuk mengumpul kaum keluarga manakala ‘Momok The Movie’ lebih banyak menarik golongan remaja yang sukakan cerita hantu.”

Kutipan filem ‘Jin Notti’ tak semestinya berjaya menarik penonton untuk menonton filem itu sebaliknya Norman turut memikirkan tentang inisiatif lain untuk mempromosikan filem itu.

Menurut Norman, selain mengeluarkan jumlah kutipan, dia percaya yang cara membawa pelakon utama ‘Jin Notti’ iaitu Fara Fauzana dan Mawi ‘turun padang’ beramah mesra dengan penonton juga boleh menjadi alternatif untuk menarik penonton datang ke pawagam menonton filem itu....

Baca Selanjutnya

Norman akui dia tidak malu bertelagah dengan David demi mempertahankan kebenaran yang kutipan ‘Jin Notti’ lebih tinggi daripada ‘Momok The Movie’ setakat ini.

“Saya tidak rasa malu kerana saya tidak boleh berdiam diri tentang hal ini.

“Niat saya bukanlah untuk menjatuhkan David tetapi lebih untuk mempertikaikan apa yang diuar-uarkan itu tidak benar kerana ia melibatkan strategi pemasaran.

“Saya mendapat tahu kutipan ‘Jin Notti’ melebihi ‘Momok The Movie’ berdasarkan sumber rasmi dan tidak rasmi.

“Saya tak nak beritahu siapa sumber itu kerana takut ada pertikaian pula.

“Setakat semalam, saya mendapat tahu yang jumlah kutipan filem kami juga telah mencecah lebih RM2 juta.

“Harap-harap filem ini akan mencapai sasaran RM3 juta kerana filem ini telah pun dilanjutkan tempoh wajib tayang sehingga 30 Oktober ini.

“Jika melihat kepada kutipan sekarang, saya rasa ada kemungkinan untuk mencapai RM3 juta,” ujar Norman dengan penuh bersemangat.

Ogos 08, 2009

(Gambar) Perkahwinan Norman Dan Isteri





PETALING JAYA: Setelah kira-kira dua tahun menjalinkanhubungan cinta, Norman Abdul Halim, 37, dan pilihan hatinya, ShireenMardziah Hashim, 44, selamat diijabkabulkan di Masjid Saidina UmarAl-Khattab, Bukit Damansara, malam tadi, hanya dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan penyanyi, pelakon dan juga merupakan Ketua PegawaiEksekutif Kumpulan KRU Studios dengan pasangannya yang bertugas sebagaiKetua Pegawai Eksekutif KRU International itu berlangsung di dalamsuasana sederhana dengan disaksikan oleh kira-kira 500 tetamu.
Antara yang hadir ialah ibubapa Norman, Abdul Halim Kamal dan ZarinaA W Fenner, adik-beradiknya; Yusry, Edry dan Halina serta ahli keluargaShireen, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Tahniah Zoom Ucapkan Kepada Norman DAn Isteri..Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat..

Julai 30, 2009

(Celebrity News) Norman hantar kad undangan !!!


Norman, 37, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad menegaskan meskipun perkahwinannya dinanti-nanti banyak pihak terutama keluarganya, dia tetap mahu sebuah majlis yang ringkas dan sederhana.

Tiada persandingan, tiada majlis resepsi besar-besaran dengan persembahan deretan artis popular dan tiada juga jemputan yang mencecah angka ribuan tetamu.

"Majlis perkahwinan saya ringkas sahaja, semua majlis dibuat di masjid sahaja. Apa yang penting itu akad nikah, rasanya dengan lakukan secara sederhana lebih afdal.

"Malah, jemputan juga terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan media. Itu sahaja, saya tidaklah menjemput ramai sangat orang kerana lokasi majlis pun di masjid," ulasnya ringkas.

Dia yang akan bernikah pada 7 Ogos depan selepas solat Isyak pada pukul 9 malam di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah pun menghantarkan kad jemputan yang indah kepada media menerusi wakilnya kelmarin.

Cantik dan elegan. Itulah gambaran yang diberikan saat pertama kali terlihat kad undangan perkahwinan Norman dan Shireen.

Kad undangan dalam kotak berwarna krim yang digubah cantik bertatah mawar merah jambu itu khabarnya dibuat sendiri oleh adik ipar Norman, Milia yang juga isteri kepada Edry.

Bercerita tentang bakal isterinya, Shireen yang tujuh tahun lebih tua daripadanya dan berstatus ibu tunggal beranak satu, Norman memberitahu dia tertarik dengan sifat lemah lembutnya. Akhirnya percintaan dalam diam-diam selama dua tahun membawa hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.

"Saya tidak kisah dengan status bakal isteri kerana yang paling penting ialah hati budi dan keikhlasannya berkawan dengan saya sebelum ini.

Zoom comment: Walaupun Norman KRU ini banyak Duit dia tak la menunjuk2 kat public yang dia banyak duit..Cukup Sekadar menunaikan kewajipan dan perkara yang wajip sahaja.Dan satu lagie,Zoom Tabik Spring Kat Bro Norman NI,Walaupun Tau status shireen,Dia Tetap meneruskan Hajat kerana norman Tau perkahwinan kerana wajah dan harta tidak akan kemana.Yang penting saling hormat menghormati satu sama lain.Tak Macam Artis-artis kita masa ni..baru ada sorang anak dah Heboh Satu Malaysia..Bukan setakat Tu jer..ada yang baru beberapa hari kahwin dah " See youuu In Court" Apa nak jadi..Tepu Dada Tanya Minda !!!!

Julai 05, 2009

(Celebrity News) Norman KRU kahwin Ogos ini?


Inilah gambar bakal isteri Norman KRU,Diam-diam ubi berisi erkkk tak da ribut tak da taufan tiba-tiba jer nak kahwin...Zoom Tabik spring kat norman ni...gossip atau konterversi mengenai Norman ni memang clean...Walaupun dah berapa tahun berkecimpung dalam dunia seni Norman Adalah salah seorang seniman yang berkaliber..Semoga Anda berdua bahagia ke akhir hayat..

Norman ni cinta pandang pertama ker ? sure dalam diam aku mencintaimu,,,,yerla teman sepejabat...kalau korang keje sepejabat lepas tue bercinta,sure korang tau apa yang norman rasa..Bukan nyer sekejap...2 tahun lebih... :P

ok la all, Komen la apa-apa yang patut..

Jun 17, 2009

(Celebrity News) Ferrari merah Norman KRU



Alhamdulillah Berkat Usaha KRU khususnya Norman Dapatlah merasa Pakai
Ferari,Zoom Bila La dapat Naik Ferari NI..Tunggu orang sposor kot :P
APa PUn Kalau ada Gambar kete artis2 Kat Malaysia ni email la kat zoomartis@gmail.com