Memaparkan catatan dengan label Noh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Noh. Papar semua catatan

November 12, 2010

Mizz Nina Dan Noh Hujan Sah Bertunang Pada

Daripada info yang Zoom baca pasangan ini sah bertunang pada 6 November lalu dengan jemputan hanya seramai 150 orang.

September 22, 2010

Mizz Nina Dan Noh Mengaku Bercinta Di Dalam Facebook

Pasangan yang sedang hangat ini akhirnya tampil memberitahu kepada umum yang mereka sedang dilamun cinta melalui laman Facebook. Berikut Zoom sertakan gambar daripada Facebook kedua-dua artis ini.

Jun 14, 2010

Noh Hujan Kena Gam Di IPTA/IPTS !!?

Kerana mulut badan binasa itulah ayat yang sesuai ditujukan kepada artis bernama Noh ni, kesian juga Zoom baca budak tue kena perli macam tu.Ada juga artis yang suka bercakap main lepas je, mungkin tidak sedar tetapi jika dah terlepas pandai-pandailah Cover..


Kan dan menyusahkan diri sendiri...Apa pula kata anda !!!?

Jun 02, 2009

(Gossip) Nora Danish Dan Noh Vokalis Kumpulan HUjan Bercinta ???


Maklumlah, kisah yang tercatat dalam gosip itu mempunyai dua kemungkinan sama ada benar atau tidak. Justeru, bagi mendapat penjelasan tentu saja Nora atau Noh, paling berhak merungkai segala persoalan.

Cuba menghubungi Nora, taliannya tidak berjawab. Mujurlah vokalis Hujan, Noh atau atau nama sebenarnya, Mohammad Noh yang baru bangun daripada tidur, sudi meluangkan masa untuk ditemu bual walaupun agak keberatan untuk memberi komen berhubung gosip yang bertiup kencang, sejak kebelakangan ini.

“Kalau boleh, saya tidak mahu memperbesar-besarkan isu ini dengan memberi kenyataan kerana bimbang akan di sensasikan. Apa yang boleh, saya katakan, kami hanya kawan biasa.

“Ramai sedia maklum, saya sudah mempunyai teman wanita dan kini melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan seni bina.

“Manakala Nora, antara rakan wanita yang saya senang berdampingan kerana dia kelakar, manis dan menyeronokkan. Paling buat saya serta kawan-kawan lain mengagumi dan menghormati Nora ialah ketabahannya mengharungi hidup sebagai ibu tunggal pada usia yang muda.

“Walau apa dugaan terpaksa ditempuh, dia tidak pernah cakap buruk pasal orang atau salahkan sesiapa. Bahkan, tabah menempuh hari mendatang tanpa mengabaikan kebajikan anak kesayangannya itu. Saya tidak hairan kalau ramai kawan selesa atau sayangkan Nora kerana dia memang baik.

“Apapun, saya bimbang jika gosip ini terus diperkatakan orang nanti, Nora juga menjadi tidak selesa berkawan dengan saya. Pada masa sama, saya juga mahu menjaga hati teman wanita.

“Memang kita tidak mampu meramalkan dengan siapa jodoh kita. Namun, disebabkan hal ini, teman wanita saya pernah merajuk. Maklumlah, dalam keadaan berjauhan begini, bertambah kuat curiganya walaupun dia sendiri tahu gosip ini tidak benar,” katanya.

Noh berkata, sememangnya, dia sudah lama mengenali Nora kerana dia selebriti popular, tetapi jalinan persahabatan antara mereka bermula sewaktu menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008).