Memaparkan catatan dengan label Melodi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melodi. Papar semua catatan

April 04, 2012

Screenshoot Laporan Polis Pengacara Belasah Wanita Di Hardrock Cafe


Gossip panas yang melanda seorang pengacara wanita semakin panas dengan kehadiran Screenshot laporan polis wanita yang menjadi mangsa artis wanita tersebut. Jika anda pernah membaca "Post" ZoOM sebelum ini mengenai artis yang menjadi perhatian mengenai gossip ini adalah DIRA, pengacara program Melodi.

Namun Dira tampil menafikan bahawa beliau adalah wanita tersebut, dan mengatakan  ketika kejadian itu beliau bersama anak sedang membeli belah.

Rakan Blogger RotiKaya yang penuh dengan isu panas terkini sekali lagi tampil dengan penuh bukti yang kukuh mengaitkan dan memberi TIPS mengenai siapakah artis tersebut.


Jika anda membaca laporan polis wanita ini, sudah pasti anda terkejut kerana kasut tumit menjadi senjata ketika kejadian. Dan ZoOM rasa ada sesuatu yang berlaku menyebabkan pengacara tersebut bertindak sedemikian rupa.

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

November 12, 2011

Koleksi Gambar Perkahwinan Dira Abu Zahar Pengacara Melodi Dan Helmi


Setelah sekian lama keseorangan akhirnya pengacara program hiburan Melodi di TV3 ini (Zira) akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada 11.11.11 semalam. Dalam ramai-ramai pasangan yang berkahwin pasangan ini menjadi perhatian kerana beliau menjadi perhatian dan artis yang sedang meningkat naik.

Majlis berlangsung di Kampung Dira di Merlimau, Melaka semalam (Hari Jumaat) petang, dan wang hantaran juga mempunyai angka yang mudah di ingati yakni RM17,17,17.71 (Maksud belum diketahui), dan mas kahwin beliau RM 7777,77.

Dan menurut info majlis akan berlangsung pada 13 November 2011 di Lanai@Matic, Jalan Ampang KL.


Semoga pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Dan Lagi gambar perkahwinan beliau di bawah :

Mac 27, 2011

Hari Terakhir Fara dan Wahid Dalam Rancangan Melodi

Baru sebentar tadi ZoOm menonton siaran langsung Melodi, aksi fafau atau fara dan wahid senario mengamit keadaan. Mungkin perasaan sedih dan sebak hanya mereka yang tahu, kerana untuk pengetahuan anda Wahid telah mengacara rancangan Melodi sejak 2004 lagi dan di ikuti Fafau pada tahun 2005 sehinggalah hari terakhir mereka di Melodi hari ini.

Dalam meniti hari-hari terakhir mereka di rancangan Melodi hari ini, satu kejutan daripada Zizan, Ira serta krew rancangan Melodi hari ini. Sumbangan daripada Airasia kepada Fafau dan Wahid berupa percutian ke Gold Coast dan Paris sudah pasti menjadi pengubat kesedihan mereka.

Namun dikala rancangan Melodi dikendalikan oleh Zizan yang kian menonjol, ZoOm masih menunggu dan ingin melihat keupayaan Ira yang menggantikan Fafau.

ZoOM : Apa Pula Kata Anda ?

Jika Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Februari 22, 2011

Fara Dan Wahid Akan Bersara Daripada Melodi Pada 27 Mac, Digantikan Oleh Dira Dan Zizan

Nampaknya gossip yang tersebar diluar sana benar belaka, terbaru ZoOm terbaca berita di akhbar online Mstar mengiakan gossip yang mengatakan Wahid dan Fara akan digantikan oleh pengacara baru ( Zizan dan Dira ). Berikut ZoOm sertakan "Statement" mengenai kisah Fara dan Wahid berakhir pada 27 Mac ini di Karnival Jom Heboh Batu Kawan Pulau Pinang.



PETALING JAYA: Pengacara Zizan (Raja Lawak) mengakui berasa bangga dan teruja apabila ditawarkan menggantikan Wahid Senario bagi mengacara rancangan hiburan popular, Melodi di TV3. 

Februari 21, 2011

Gossip Fara Fauzana Diberhentikan Daripada Menjadi Pengacara Rancangan Melodi

Entah betul ke tak tetapi cerita dan gossip ini memang panas sepanas UPTOWN Kelana Jaya yang tak ada pengunjung lagi !!!! Sebenarnya gossip ini ZOOm baca pagi tadi dekat surat khabar, namun kerana masa mencemburui ZOOm pagi ni je lah masa yang sempat untuk berkongsi dengan anda pembaca di Zoomartis.net dan Facebook terutamanya.


JIka anda menonton rancangan melodi semalam sebab hari ini dah dah masuk 21hb, kehadiran Zizan disamping Fara dan Wahid mengamatkan suasana di kaca TV anda. Namun sampai bila insan bernama Fara Fauzana akan menghiburkan anda !!? Sama-samalah kita tunggu dan lihat sebab hanya empunya diri dan orang dalam tu je yang tahu.

September 19, 2010

David Teo Bersongkok Dan Berbaju Melayu Di Hari Raya

Nampak segak dan bergaya abang David Teo kita ni, dalam ramai-ramai penerbit di Malaysia Zoom suka sikap dan perwatakan David Teo ni. Mungkin ramai artis di luar sana yang senang dengan apa yang ada pada penerbit ini, terutamanya dalam pemberian bonus kepada pelakon dan crew di dalam syarikatnya.

Mac 17, 2010

Jurey saman Melodi dan Nas Ahmad


Kalau sebelum ini Melodi yang sudah lama berkumandang di kaca TV anda bebas melakukan apa sahaja untuk mengupas dan menghebahkan kisah artis.Akhirnya mereka di saman oleh seorang pengarah Jurey Latiff Rosli kerana permintaaan maaf yang beliau nak pada Januari lalu tidak diendahkan Melodi.

Ikuti luahan Jurey mengenai samannya terhadap Melodi dan Nas Ahmad..

Menurut Jurey ketika dihubungi, pengurusan kes saman fitnah dan malu sebanyak RM10 juta itu akan berlangsung pada 18 Mac ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


“Selepas tiga bulan daripada tarikh saman itu difailkan, saya dapati pihak Melodi dan Nas Ahmad tidak melakukan apa-apa tindakan.

Pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

“Nas telah menuduh saya yang bukan-bukan dengan membacakan sebuah emel layang tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.

“Selepas itu, dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dia telah menerjah saya.

“Disebabkan itu, saya mahu dia memohon maaf di dalam akhbar dan televisyen. Tapi mereka tidak endah langsung. Jadi, sebab itu saya mahu saman fitnah dan saman malu,”
 jelasnya lagi.

Zoom: Nampaknya kisah panas Melodi disaman pula akan menjadi gossip panas zoom hari ni..Apa kata anda mengenai program Melodi dan Terjah yang semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ni!?

November 01, 2009

(Video) Azwan Ali menangis komen disumpah jadi anjing depan ka'abah !!!



Zoom pun tak tau nak komen apa, anda lihatlah video kat bawah ni, Bro Azwan kita ditemuramah oleh wartawan Tv3 ( Melodi ) hari ni.Apa KOmen anda !!??



Baca Selanjutnya