Memaparkan catatan dengan label Himpunan Cerita Sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Himpunan Cerita Sedih. Papar semua catatan

April 18, 2012

Kisah Sedih Seorang Isteri Dengan Suami Baru Yang Nakal

Sekadar Hiasan

Sekadar berkongsi dengan anda cerita yang sudah pasti membuatka hati seorang isteri atau suami menitiskan air mata. Semoga cerita ini akan menjadi iktibar kepada anda diluar sana yang sudah berkahwin atau bercita-cita ingin mendirikan rumahtangga.


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi

Februari 02, 2012

Cerita Sedih Seorang Ayah Dan Keluarganya

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.


Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik

Kisah Seorang Anak Kecil Dan Ayahnya

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk

Januari 07, 2012

Cerita Sedih : Hanya Seorang Ayah - FAKHRIAH RAMLI


~Hanya Seorang Ayah~
Penulis: FAKHRIAH RAMLI

Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥

"Ayah! Cepatlah! Thariq dah lambat nak pergi sekolah ni!" Masam mencuka wajah Thariq di depan pintu menunggu ayahnya yang sedang menyiapkan bekalan sekolah untuknya.

"Kejaplah. Ayah tengah nak letak nasi goreng dalam bekas ni." Ayahnya cepat-cepat mencapai penutup bekas makanan. Sedikit keluhan dilepaskan.

"Dah. Jom. Nanti lambat pulak nak ke sekolah." Ujar Arman kepada anaknya yang menunggu di depan pintu sambil menghulurkan beg sekolah anaknya. Sedikit senyuman dihadiahkan buat Thariq dengan harapan mampu menyejukkan kemarahan hati si kecil itu.

"Alah, kalau lambat pun sebab ayahlah. Tak payah nak tapau makanan pun. Thariq boleh beli kat kantin la ayah. Nanti lambat, Thariq yang kena marah dengan cikgu, bukannya ayah!" Terkedu wajah Arman di muka pintu mendengar kata-kata anaknya.

Segera dia beristighfar. Bimbang hati lelakinya akan dicucuk-cucuk syaitan yang mungkin

Disember 17, 2011

Cerita Suami Ingin Berpoligami


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Disember 15, 2011

Himpunan Cerita Sedih : Kisah Seorang Ayah

Sekadar Hiasan (Dewi & Husband)

Kehidupan yang memeritkan sudah lama bermula. Aku kini keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui kedua-dua insan yang amat aku sayangi.

‘Aiman, sayang. Buat apa tu?’
‘Aiman fikir ibu, papa.’
‘Oh!!’
‘Aiman rindu sangat dengan ibu, papa. Ibu pergi mana, papa?’

Himpunan Cerita Sedih : Penyesalan


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan

sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut