Oktober 16, 2012

Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle Pada 3 November

Akhirnya pasangan ini mengumumkan tarikh keramat @ bahagia mereka, 3 November 2012 adalah tarikh pernikahan yang dirancang. Dan ia sudah pasti merungkai teka-teki yang selama ini mereka rahsiakan daripada pengetahuan umum.

Farid Kamil, 31 dan Diana Danielle akan disatukan sebagai suami isteri pada bulan depan, dan berita gembira tersebut diumumkan oleh Farid sendiri semasa pelancaran filem Pe3 baru-baru ini.

Memang pasangan ini penuh dengan kejutan, jika sebelum ini mereka bertunang secara diam-diam kini sekali lagi kejutan itu datang tanpa tiupan angin kuat.

Siapa kata cinta yang telah putus ditengah jalan tidak akan berkaut semula, inilah yang terjadi kepada pasangan ini yang sebelum ini pernah merana kerana cinta tidak kesampaian.

Akhirnya jodoh mereka sudah ditentukan, dan ia akan menjadi kenyataan pada bulan depan.

Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!