Oktober 04, 2012

Berita Semasa : Pelajar Masih Dilarang Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Satu keputusan yang tepat kerana melarang pelajar membawa telefon bimbit ke Sekolah, bagi ZoOM penggunaan alat berkenaan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Pihak berkenaan perlu mencari satu alat yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai peralatan yang diperlukan sahaja.

Jika dilihat dan diperhatikan beberapa tahun kebelakangan ini, anak-anak kita sudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat terutamanya telefon  bimbit yang boleh menyimpan data yang besar serta mempunyai akses ke internet.

Jika tidak dibendung dan dikawal sudah pasti ia akan menjadi salah satu virus yang mengakibatkan kesan yang serius kepada anak-anak kita.

ZoOM akui kemudahan telefon bimbit sebagai peralatan perhubungan, namun demikian jika disalah gunakan oleh anak-anak yang masih baru belajar mengenal dunia sebenar. Sudah pasti keputusanya anda sudah mengetahuinya, malahan zuriat yang kita didik dan asuh daripada kecil masih belum dapat membezakan 100% perkara yang dilakukan betul ataupun tidak.

Berikut adalah berita yang ZoOM baca pagi ini mengenai larangan membawa telefon bimbit ke Sekolah :

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid dan pelajar di seluruh sekolah di negara ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peraturan larangan itu dinyatakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.
Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, kementerian itu sedang mengkaji keperluan penggunaan gajet teknologi oleh murid dan pelajar di sekolah.


"Sehubungan itu, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lalu melibatkan pihak-pihak berkepentingan iaitu kumpulan pengetua, guru besar, guru, ibu bapa dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


"Perbincangan meja bulat ini adalah bagi membincangkan keperluan pengguna gajet teknologi di sekolah dan cadangan berkaitan penggunaan gajet teknologi oleh murid dan pelajar di sekolah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Teck Meng ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah.


Tambah Muhyiddin, di samping penganjuran sesi meja bulat, pihaknya juga menjalankan kajian dalam kalangan murid dan guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan gajet teknologi di sekolah.


Beliau berkata, kajian tersebut telah dilakukan di sembilan buah sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan serta masing-masing dua buah sekolah kebangsaan di kawasan bandar dan luar bandar dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.


"Kita juga melakukan kajian ke atas dua buah sekolah menengah dari kawasan bandar dan luar bandar serta sebuah sekolah menengah vokasional.
"Seramai 274 murid dan pelajar sekolah dipilih bagi tujuan tinjauan asas ini," katanya.


Beliau menambah, Kementerian Pelajaran sedang meneliti secara menyeluruh semua dapatan dan pandangan ahli masyarakat termasuk tokoh-tokoh akademik, pemimpin NGO, guru-guru, ibu bapa dan murid serta pelajar sebelum satu keputusan muktamad diumumkan.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!