Oktober 03, 2012

Berita Panas : Tarif Bil Elektrik Nak Naik Lagi !!!

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.


Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.


Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.


"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.


Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.


Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.


Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.

Sumber : Cari

ZoOM : Alahai Kalau tarif bil elektrik naik lagi, ZoOM kenalah kurangkan menggunakan pam oksigen dan air akuarium ZoOM..."Aircon" pun hanya pakai apabila perlu je...tetapi perlukan tarif bil elektrik ni naik. Walaupun ZoOM bukan orang politik atau orang-orang yang memahami ekonomi ini, kita sebagai rakyat Malaysia sudah pasti terpalit dengan gossip panas yang tersebar ni.

Terutamanya apabila harga gula naik hasil daripada pembentangan bajet baru-baru ini, ditambah pula kita ni hanya pekerja swasta yang hanya menunggu pengumuman syarikat je..Bajet !!!! hanya harapkan bulan jatuh ke ribalah jawapnya...dah la pencen tak ada...gaji naik pun tunggu tahun depan je..

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!