Julai 11, 2012

Gempar : Anita Sarawak Hilang, Ditemui Sudah Bertudung Di Texas

Dalam meniti dan mengira hari ramadan yang bakal tiba, tiba-tiba ZoOM dikejutkan dengan tajuk mengenai kehilangan akak Anita Sarawak kita. Tanpa angin ribu dan taufan tiba-tiba ada rakan yang berkongsi dengan pembaca mengenai Akak kita ni.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,


Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.



ZoOM : Alhamdulillah kalau Akak Nita pun sudah berhijrah seperti artis lain diluar sana. 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!