Jun 25, 2012

Terkini : Apek Dan Rakan-Rakan Bebas Hukuman Penjara

Ini berita yang terbaru ZoOM baca di dalam web berita online Mstar, mengenai kes dadah Saiful Apek dan rakan-rakan yang berlangsung di Mahkamah Majistret. Dan berikut adalah berita mengenai kes tersebut :
 
PETALING JAYA: Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira kira pukul 11 malam.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Info : Mstar Online
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!