Bintang tersohor itu sememangnya diketahui umum terkenal dengan lagak seorang diva, terutama dalam menetapkan syarat-syarat dan menyenaraikan benda-benda tertentu yang diinginkan setiap kali muncul dalam persembahan konsertnya.
Namun, Madonna mungkin satu-satunya selebriti yang bersikap ekstra diva apabila satu kumpulan pensterilan telah ditubuhkan khusus untuk membersihkan sebarang DNA dirinya yang terdapat dalam bilik khas tempat dia bersolek dan berehat di belakang pentas MDNA World Tour.
Ikon berusia 53 tahun itu juga menegaskan kepada pihak penganjur konsert jelajah terbaharunya itu bahawa hanya orang-orang tertentu yang disenaraikan oleh dirinya dibenarkan memasuki kawasan belakang pentas yang menempatkan bilik khas itu.
Promoter konsert jelajah itu, Álvaro Ramos yang menguruskan konsert jelajah Madonna di Portugal mendedahkan kepada akhbar The Mirror: "Kami dikehendaki menghapuskan segala bentuk DNA Madonna yang terdapat dalam bilik khas di belakang pentas konsertnya itu.
"Kami sendiri tidak dibenarkan masuk ke situ kecuali selepas Madonna keluar dari bilik itu sehinggalah segala DNA dirinya di situ telah dibersihkan. Malah, kami dilarang sama sekali menyentuh bilik tersebut jika proses pembersihan DNAnya itu belum selesai."
Tambahnya: "Kami hanya dibenarkan masuk ke bilik tersebut selepas segala DNA Madonna di situ telah dihapuskan yang termasuklah helaian rambutnya. Saya faham ia dilakukan untuk menjaga hak peribadinya tetapi bagi saya, ia sangat melampau."Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis