Jun 23, 2012

Jadi Artis Tidak Ada Masa Depan - Ryzal Jaafar

Boleh tahan juga komen anak muda bernama Ryzal Jaafar ni, kalau ada yang terasa cili silalah komen dan jika ianya betul tolonglah anak muda ini menjawap soalan yang bakal beliau terima.


Tetapi pada pendapat ZoOM rezeki ada dimana-mana, tidak kiralah samada anda artis atau pun tidak. Namun berkat usaha dan sifat menabung perlu ditanam dalam naluri dan nafsu seseorang.


Jika tidak sudah pasti jalan mati yang bakal ditemui dikemudia hari.


Dan berikut komen anak muda ini mengenai hala tuju dan masa depan menjadi seorang artis :

Ryzal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaafar berkata, memandangkan industri seni di Malaysia tidak begitu besar, ia sedikit sebanyak mengehadkan kerjaya seseorang artis, lebih-lebih lagi apabila terlalu ramai bakat-bakat baru. 
"Tidak kiralah sama ada perniagaan yang dijalankan itu kecil atau besar, asalkan ia dapat menjadi jaminan untuk masa depan. Sekurang-kurangnya seseorang artis itu sudah bersedia sekiranya mereka tidak diperlukan lagi dalam bidang seni. 
"Lagipun, menjadi seorang artis tidak menjanjikan kemewahan. Saya pelik apabila ramai yang melihat kerjaya ini boleh menyebabkan seseorang menjadi kaya dengan mudah. Benar, ada yang berjaya, tetapi tak semua, bergantung kepada tuah dan rezeki," katanya.
 
Tambah Ryzal dia mengambil contoh seperti kumpulan adik beradik KRU yang begitu aktif dalam bidang perniagaan walaupun tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian.


Justeru itu, Ryzal bakal membuka perniagaan pakaian mengikut peredaran fesyen terkini dan sebagai permulaan, pelakon drama Naziha (TV3) ini bakal muncul dengan koleksi baju Melayu, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.
 
"Tak sabar rasanya untuk memulakan perniagaan ini. Memandangkan jadual kerja agak padat, saya membuat keputusan untuk menjual baju-baju itu secara online pada bulan Ramadan nanti. 
"Selain mengambil contoh KRU dalam cara mereka menguruskan perniagaan, saya turut belajar menerusi perniagaan keluarga saya di Alor Setar, Kedah, iaitu membuka homestay dan perusahaan menjual bantal kekabu.
"Moga apa yang dilakukan ini berjaya, untuk masa depan nanti, Insya-Allah," tuturnya.
Sumber : Mstar

ZoOM: Semoga berjaya dalam bidang perniagaan. Well Done Ryzal
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!