Pelakon Erin Malik enggan ulas isu ganja yang telah tersebar di laman blog serta akbar kononnya mendakwa dia telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu.
Erin Malik atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 18, berkata tiada apa yang boleh diulas kerana gosip yang tersebar itu sama sekali tidak berasas.
"Saya tidak mahu komen lagi. Jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.
"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.
"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my
Erin Malik menambah dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut.
Walaubagai mana pun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.
"Saya pun tidak tahu mengapa orang itu sanggup menabur fitnah ini. Mungkin juga dia cemburu atau entah apa lah.
"Saya tidak akan berdiam diri jika isu ini masih berlarutan, saya akan ambil tindakkan yang sewajarnya untuk mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah ini.
"Saya tidak takut kerana saya ada bukti untuk mendakwanya," jelasnya yang tidak mahu memberitahu pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis