Jun 22, 2012

Gossip Maya Karin Bercinta Dengan Datuk !!?

Sana sini bercerita mengenai keintiman pelakon yang kini melonjak naik kerana lakonan dalam filem Ombak Rindu. Dan seiring dengan nama beliau dalam industri hiburan, gossip dan cerita panas turut mengiringi beliau dalam meneruskan perjuangan sebagai anak seni.

Terbaru mengenai gossip beliau sedang menjalinkan hubungan dengan seorang Datuk yang berstatus tokoh koporat. Dan gossip tersebut semakin hangat dengan tersebarnya gambar-gambar seperti diatas.

Dan bagi memastikan kesahihannya berikut jawapan daripada Maya KArin :


“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru. “Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!