Presiden NGO tersebut Datuk Ibrahim Ali berkata, PERKASA membantah kehadiran diplomat berkenaan yang didakwa terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Katanya, kehadiran diplomat berkenaan "memberi persepsi bahawa Singapura ingin campur tangan dalam urusan Malaysia".
Singapura juga perlu meminta maaf atas atas tindakan berkenaan yang dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada hubungan Malaysia-Singapura, katanya lagi dalam memorandum yang diserahkan ke kedutaan berkenaan.
Ibrahim tiba ke pejabat misi tersebut pada kira-kira jam 1 petang dengan sorakan "Hidup Melayu", "Berambus Singapura", dan "Aman Malaysia" oleh kira-kira 300 orang para penyokongnya.
Memorandum berkenaan diterima seorang setiausaha kedutaan berkenaan yang berjanji untuk menyerahkannya kepada kerajaan Singapura, kata Ibrahim kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertemu kakitangan tersebut.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah empat orang pemimpin tertinggi PERKASA. -Mkini
ZoOM : Baru tahu ada juga orang seberang tambak yang join, tetapi siapa yang benar biarlah orang politik yang membicarakannya.Apa Komen Anda ?Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis