April 14, 2012

Hollywood : Robin Gibb Koma Dan Hidup Dalam Beberapa Hari Sahaja


Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang kini berada dalam keadaan koma akibat kanser pada peringkat terakhir, dikhuatiri akan terus hidup untuk beberapa hari sahaja.

Difahamkan, ahli keluarga bintang berusia 62 tahun itu sudah mula berkumpul dan berdoa agar penyanyi itu akan dapat bertahan selama mungkin.

Menurut laporan The Sun, Gibb berjaya pulih daripada penyakit kanser usus dan hati pada tahun lalu tetapi para doktor yang merawatnya percaya bahawa terdapat ketumbuhan kedua pula pada ususnya.

Dia juga kini dilaporkan mula menghidap penyakit radang paru-paru.



ZOoM : Patutlah dah lama tak dengar cerita Robin Gibb ni, sakit tahap kritikal dah rupanya.


"Sesungguhnya daripada dia kita datang dan kepada nya kita akan kembali". 


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!