Mac 22, 2012

Taiyuddin Dan Kekasih Nak Kahwin Tahun Ini Kerana Duit Dah Cukup

Alhamdulillah duit dah cukup untuk mendirikan mahligai indah yang sudah lama di impikan oleh Taiyuddin atau nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar. Setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, barulah Taiyu dapat menarik nafas lega.


Jika sebelum ini bagaikan kais pagi makan pagi tawaran yang diterima sebelum tampil dengan imej tersendiri dalam filem Hantu Bonceng. Dan jika anda melihat gelagat Taiyu dalam beberapa drama dan filem baru-baru ini     
"Trademark" dan gaya tersendiri seringkali menjadi bualan masyaraatkat.


Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut dan hati Taiyu mengenai cerita beliau akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat. 
"Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata. 
"Kalau saya kahwin ketika umur 30-an, mungkin saya tidak sempat melihat anak sendiri membesar. Semoga perancangan ini menjadi Insya-Allah," tuturnya yang juga berlakon dalam Apa Celop, yang kini disiarkan setiap Isnin sejak 20 Februari di TV3.

Tambah Taiyuddin yang terkenal dengan aksi komedi selamba, dia sebenarnya bukanlah seorang pelawak sebaliknya sekadar berlakon mengikut watak yang diberi.

Dalam pada itu dia juga mengakui berasa pelik dan segan apabila ditegur peminat kerana tidak sangka dirinya akan dikenali ramai.
"Walaupun kerja saya sebagai seorang pelakon, saya merasakan tidak mungkin diri ini akan popular kerana ada yang lebih hebat lakonannya daripada saya. Tambah pula ramai yang mempunyai pakej yang lengkap. 
"Cuma, apabila sudah menjadi perhatian, saya perlu berhati-hati daripada segi kelakuan yang mungkin tidak akan menyenangkan masyarakat.
"Nak hisap rokok di depan orang pun saya tak buat kerana menghormati peminat-peminat yang menyokong saya," katanya.



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!