Erra Fazira telah dipilih sebagai duta terbaru jenama produk kosmetik antarabangsa, Estee Lauder bagi menyemarakan kempen jenama berkenaan bagi penggal 2011/2012.
Pengumumannya telah dibuat dalam majlis makan malam eksklusif sempena meraikan pihak media dan peruncit Estee Lauder dari seluruh negara di Hotel Mandarin Oriental, di sini malam tadi.
Pengumumannya telah dibuat dalam majlis makan malam eksklusif sempena meraikan pihak media dan peruncit Estee Lauder dari seluruh negara di Hotel Mandarin Oriental, di sini malam tadi.
Dan berikut jawapan Erra Apabila ditanya oleh wartawan :
"Saya amat terharu dan menghargai dengan perlantikan ini. Tak sangka, minat ibu saya yang selama ini merupakan pengguna setia Estee Lauder telah turun ke tangan saya yang dilantik sebagai duta jenama kosmetik antarabangsa ini.
"Saya harap, kesinambungan ini akan jatuh pula ke anak saya apada masa akan datang," katanya diiringi gelak tawa keriangan yang memenuhi ruang makan malam Mandarin Grill hotel mewah berkenaan.
"Walau sibuk macam mana sekalipun, saya akan tetap menggunakan Estee Lauder sebagai regim kecantikan saya.
"Apa yang pasti, wajah saya sekarang tampak lebih muda. Bersesuaian pula dengan kempen kecantikan Estee Lauder iaitu setiap wanita boleh tampil cantik (Every Women Can Be Beautiful)," katanya yang terpaksa bergegas pulang untuk berangkat ke Singapura bagi menghadiri Asian Televisyen Awards 2011.
ZoOM : Comel Je Akak Erra kita ni :)
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis