Februari 26, 2012

Wan Shade Akan Saman Blog Rotikaya.com Kerana fitnah Beliau Adalah Suspek Yang Rogol Anak !!

Kisahnya bermula apabila blog hiburan Rotikaya.Com menerbitkan artikel yang dianggap menfitnah bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades di laman blognya baru-baru ini. Sejak akhir-akhir ini Blog Rotikaya semakin pantas dan maju ke hadapan terutamanya mengenai gossip panas, namun natijahnya inilah yang perlu penulis blog tersebut hadapi.

SAMAN !!!!!


Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu dengan bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun yang dikatakan secara jelas merujuk kepada dirinya. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.

Berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut Wan Shade kesan daripada fitnah yang tidak mempunyai bukti tersebut :
“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Wan Shades memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Wan Shades turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Ambillah ia sebagai pengajaran bagi anda (Penulis blog), termasuk diri saya sendiri agar tidak hanya inginkan publisiti dan perlu berpandukan kepada bukti yang sahih.

APA KATA ANDA ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!