Kumpulan metalcore Underoath akan beraksi di KL Live, Jalan Sultan
Ismail pada 10 Mac depan. Konsert anjuran Jupiter Projects ini akan
diadakan pada jam 5 petang.
Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh
Dallas Taylor dan Luke Morton, Underoath mengeluarkan album pertama
mereka, 'Act of Depression' dua tahun selepas itu dan berjaya mencatat
jualan sebanyak 2,000 album.
Enam album kemudian, Underoath kini
diketuai vokalis Spencer Chamberlain. Album terbaru (bukan kompilasi)
mereka dikeluarkan pada tahun 2010 dengan judul 'Ø (Disambiguation)'.
Jika
anda belum mendapatkan tiket ke konsert mereka, anda masih boleh
membelinya pada harga RM148
di kedai-kedai Rock Corner dan Victoria
Music ataupun secara online di www.airasiaredtix.com. Jika dibeli pada hari konsert, harga tiket ditetapkan pada RM188.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.facebook.com/jupiterprojects atau www.underoath777.com
Info : GUA
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis