Februari 29, 2012

Sakit Kanser Azean Irdawaty Semakin Kritikal Dan Beliau Mohon Solat Sunat Hajat

Sedih ZoOM membaca berita mengenai seniwati Azean Irdawaty yang kini masih terlantar dihospital dan kini sedang bertarung dengan penyakit kanser yang kini ditahap kritikal. Terbaru mengenai kisah hamba Allah ini yang menyambut hari lahirnya yang ke 62 pada 27hb Feb 2012, beliau tidak meminta hadiah sebaliknya hanya meminta mengadakan Solat Sunat Hajat untuknya.


Dan berikut beberapa jawapan dan luahan hati artis tabah ini mengenai hajat beliau :

“Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh,”
Dalam SMS itu Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas.

Selain itu, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
“Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat),” pintanya.

Dan menurut info beberapa rakan artis sedang/telah berkumpul dan akan/telah menunaikan hajat beliau.


Sama-samalah kita mendoakan semoga beliau (Azean Idrawaty) dipermudahkan segala urusan, dan semoga tabah menghadapi dugaanya. Insyalahh.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!