Bagaimanapun, bermula 2 Februari ini, pelakon kontroversi, Shah Jaszle pula bakal dikenali dengan watak Zack menerusi filem Azura versi baru lakonannya bersama Neelofa.
Walaupun begitu, adakah Jamal bersedia dan menerima hakikat Shah Jaszle akan menggantikan tempatnya melalui watak Zack?
"Sebenarnya, pihak penerbitan filem Azura 2012 ada menawarkan saya watak dalam filem berkenaan. Mereka mahu saya melakonkan watak yang sama tetapi versi Zack yang sudah tidak menetap di sini. Namun, saya tolak dan tidak mahu melibatkan diri kerana saya memang sudah tidak mahu berlakon lagi.
"Saya rasa ianya merupakan satu pendekatan yang bagus bila Shah Jaszle melakonkan watak Zack
"Sedikit sebanyak, ianya boleh mengingatkan masyarakat kembali kepada lakonan saya. Jadi bila orang ingat saya, ia adalah satu petanda yang baik.
"Terus-terang, saya tidak pun dijemput untuk menonton filem ini. Jadi kenapa perlu saya datang menonton pada malam gala kalau tidak diundang.
"Sejujurnya, saya pun tidak berminat untuk menonton filem ini di panggung kerana sejak dari dulu lagi saya tidak suka tonton wayang. Tak kisahlah filem Melayu atau pun barat," katanya.
Mengakui lebih suka menonton rancangan dokumentari dan berita nasional, Jamal berpendapat watak Zack yang dilakonkan Shah Jaszle sudah pasti amat berlainan dari Zack yang pernah dilakonkannya.
"Zack yang dulu seorang yang pandai menyanyi. Tambahan pula, lakonan saya pada masa itu lebih ke arah melodrama. Saya juga adalah seorang penyanyi yang menjadi pelakon.
"Berlainan sekali dengan Shah Jaszle yang memegang watak Zack hanya sebagai pelakon.
"Penonton sudah tentu akan nampak perbezaannya. Apa yang penting, dulu saya berlakon dengan ada melodi sekali," ujarnya.
Sementara itu, Jamal yang kini semakin sibuk dengan konsert solonya, memberitahu turut menerima banyak tawaran berlakon.
Namun, dia tetap akan menolak kerana sudah tidak berminat lagi untuk bergelar pelakon.
Info : Murai Onlin
ZoOM : Hurm no komen sebab tidak tahu apa yang berlaku, tetapi bagi ZooM tidak salah jika abang Jamal kita menolak pelawaan tersebut. Dan pelakon dia memang sesuai kerana menonjolkan pelakon lama mungkin tidak sesuai pada filem baru, kalau nak gunakan sambungan cerita je mungkin berbaloi.
Nak tengok cerita peluk2 ni...JOm layan Trailer Filem ni ..
Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.
Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.
Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.
Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami. Untuk mengetahui kesudahannya
Filem Azura 2012,saksilah di pawagam pada 2 Februari 2012.
APa Kata Anda >?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!
Follow @zoomartis