Disember 03, 2011

Resepi : Kek Durian Dengan Fresh Cream


Bahan-bahan ( Loyang 9'' )

  • Bahan A
  • 210g tepung naik sendiri
  • 30g tepung jagung
  • 6 biji kuning telur ( gred B)
  • 80g gula kastor
  • 130ml susu cair
  • 90ml minyak jagung & sedikit esen vanila
  • Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 70g gula kastor
  • 1/4 st krim tar tar
  • Bahan c (Untuk krim Durian)
  • 200g isi durian
  • 300g whipping cream( jenama Rich's-Gold label)-mmg sedap dan tak payah tambah gula
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara :

  1. Bahan A -- Pukul kuning telur & gula hingga sebati dan kembang
  2. Masukkan tepung gandum , tepung jagung berselang seli dgn susu cair ,minyak jagung-sebatikan
  3. Bahan B-- Pukul semua bahan B sampai betul2 kembang dan bertanduk
  4. Masukkan bahan B kedalam A - kacau secara kaup-balik
  5. Masukkan kedalam loyang 9" dan seterusnya bakar dlam suhu 180c dengan kaedah bain-marie (lapiskan air dibawah loyang )
  6. Setelah kek masak sejukan atas redai.
  7. Untuk krim durian - pukul whipping cram sampai bertanduk . Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
  8. Bila kek telah sejuk (mencapai suhu bilik ) -Potong @ bahagikan kepada tiga bahagian - lapiskan dengan krim durian disetiap lapisan dan keseluruhan kek.
  9. Simpan didalam peti sejuk beberapa jam untuk mengelakkan krim menjadi cair . keluarkan dr peti ais 15min sebelum makan .. baru sedap & spongy...
  10. Selamat mencuba..insyallah menjadi ...
ZoOM : Resepi untuk anda pada hari ini, dan untuk makluman ZoOM akan berkongsi dengan anda resepi terbaru daripada Myresepi untuk anda .



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!