Sinopsis:
DATIN GHAIRIEYAH atau lebih dikenali
sebagai DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO MAHFUZ seorang
ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah
hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz.
Walaupun hidup dalam serba kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam
pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin
Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru
yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan
iklan dalam akbar tempatan.
Selama hampir dua
tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun
tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan
peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk
memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang
bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan
daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya,ENCIK FAIZAL dan ENCIK
HAIRIE penyelia di syarikatnya.
Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan
anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi
yang bernama BADRI atau lebih dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang
ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO
MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi
kepentingan perniagaannya.
Akhirnya hubungan
antara DATIN GHAIRIEYAH dengan SUFIAN semakin intim.Perbuatan dan
sikap sufian yang licik tidak sedikit pun menimbulkan curiga dihati
DATIN GHAIRIEYAH walaupun hakikatnya CAPT.(R)LOQMAN mula rasa
curiga,dia cuba untuk menasihati DATIN GHAIRIEYAH supaya berwaspada
tetapi nasihat dan pandangannya tidak diambil peduli oleh DATIN
GHAIRIEYAH. DERUS LEE terbaca satu iklan mencari guru matematik untuk
mengajar anak-anak DATIN GHAIRIEYAH yang menjanjikan habuan yang
sungguh lumayan.DERUS LEE segera pulang kerumah memberitahu kepada rakan
serumahnya ZACK yang masih menganggur.DERUS LEE agak terkilan kerana
ZACK menolak cadangannya itu dengan alasan ia tidak akan di terima
kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dipinta.
DERUS
LEE mencadangkan supaya ZACK menyamar sebagai lelaki berumur supaya
diterima oleh DATIN GHAIRIEYAH dan akhirnya ZACK bersetuju. Dalam
Perjalanan ke rumah DATIN GHAIRIEYAH di Pulau Langkawi,ZACK dan DERUS
LEE telah cuba menyelamatkan DATIN GHAIRIEYAH dari diculik dari
kumpulan H1N1.DATIN GHAIRIEYAH agak terpegun apabila menatap wajah ZACK
yang saling tak tumpah seperti arwah suaminya, DATO MAHFUZ.DATIN
GHAIRIEYAH mememperkenalkan dirinya,DERUS LEE segera mengeluarkan
keratan iklan dan memperkenalkan ZACK sebagai guru matematik yang
dicari oleh Datin.Datin rasa terhutang budi,ZACK diterima sebagai guru
matematik. Kehadiran ZACK yang menyamar sebagai lelaki berumur
membuatkan datin sering teringatkan arwah suaminya,dia mula tertarik
pada ZACK.Pada masa yang sama,EMELIA juga ada menyimpan perasaan pada
ZACK kerana ketampanan wajah ZACK yang asal.Hubungan antara Datin dan
SUFIAN mula renggang,Datin kini lebih menumpukan perhatian terhadap
ZACK.Ini membuatkan SUFIAN berasa rancangannya untuk membolot harta dan
perniagaan Datin tidak kesampaian.
Dia mula
merancang untuk menculik Datin.Dalam satu majlis hari jadi
EMELIA,DATIN GHAIRIEYAH telah diculik oleh konco-konco H1N1 yang
diketuai oleh SUFIAN.SUFIAN meminta wang tebusan sejumlah US100 juta
kepada CAPT.(R) LOQMAN bagi membebaskan DATIN GHAIRIEYAH. ZACK,DERUS
LEE dan pasukan Polis Diraja Malaysia telah berjaya membebaskan DATIN
GHAIRIEYAH. SUFIAN dan konco-konconya dapat diberkas. Akhirnya ZACK
terpaksa menjelaskan kedudukannya bahawa dia adalah seorang pegawai
Polis cawangan siasatan jenayah Interpol yang sedang memburu SUFIAN
yang mengetuai sendikit yang mengedar dadah dan senjata api yang
terkenal di asia. SUFIAN gagal mempengaruhi DATO MAHFUZ kira-kira dua
tahun lalu dan SUFIAN merancang untuk membunuh DATO MAHFUZ dengan
meletupkan bot mewah, ini membuatkan pihak Polis tidak mengesyaki dia
membunuh DATO MAHFUZ. SUFIAN mula mensasarkan Datin sebagai batu
loncatannya.
Dia mula memperdaya FAIZAL dan
HAIRIE bagi memenuhi cita-citanya,ternyata tindakannya berhasil. ZACK
memberitahu Datin,dia sangat berterima kasih kepada seseorang yang telah
memberikan segala maklumat tentang kegiatan SUFIAN. Orang tersebut
adalah DATO MAHFUZ lalu ZACK menunjukkan arah seorang lelaki yang
sedang berdiri dan itulah DATO MAHFUZ yang masih lagi hidup. Datin
amat terkejut,dia segera berlari dan memeluk suaminya tersayang.
Akhirnya DATIN GHAIRIEYAH sangat-sangat terhutang nyawa dan budi
kepada ZACK yang telah menyelamatkan diri dan keluarganya dari
terjebak di dalam sendikit penyeludupan. Dia dan anaknya EMELIA terpaksa
akur dengan apa yang telah berlaku walaupun hati mereka terlalu
sayang kepada ZACK namun terpaksa juga merelakan pemergian DSP ZAMREE
(ZACK) menjalankan tugasnya demi negara Malaysia tercinta.
Info : SinemaMalaysia
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis