Sinopsis
3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar
seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di
sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu
Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan
fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua
lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini
Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh
kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan
cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai
peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk
memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.
Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik
tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta
dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk
menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam
juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang
tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam
diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan
luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya
terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan
kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Tajuk Filem:
3,2,1 CINTA
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
16 Jun 2011
Pelakon 3,2,1 CINTA:
Diana Amir
Farid Kamil
Pierre Andre
Mustapha Kamal
Sheila Mambo
Zila Bakarin
Ruzaidi Abdul Rahman
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis