Julai 09, 2011

Panas: Anwar Ibrahim ditahan di Hospital Pantai

Hospital Pantai

Berita terbaru yang Zoom baca mengenai Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Hospital Pantai, malahan menurut info pengawal pribadi beliau Fayat Al-Bakri turut cedera dan berada di Hospital yang sama. 


Daripada sumber mengatakan Anwar Ibrahim cedera dikepala dan lutut, 


Anwar Ibrahim di Hospital Pantai
ZoOM malas nak komen ..tapi baca je la komen penulis blog ini :



Bagi Anwar pula, dia yang sebelum ini mewar-warkan akan turun mengepalai demonstrasi BERSIH ini, terbukti hanya omongan kosong belaka. Kelibat Anwar langsung tak kelihatan di jalanan. Dia hanya berkampung di Hotel Hilton kerana takut ditahan oleh Polis Anti Rusuhan.
Saudara dan pengawal peribadi Anwar yang cedera

Dan didalam satu insiden rempuhan oleh pihak Polis di Hotel tersebut, diberitakan bahawa pengawal peribadi Anwar telah cedera akibat bergelut dengan Polis. Anwar mengambil kesempatan ini untuk berlakon seolah-olah dia pun mengalami kecederaan yang teruk juga.
Anwar yang kelihatan sihat walafiat semasa rempuhan Polis reda di Hotel Hilton, tak semena-mena terus jatuh sakit ketika mengiringi pengawal peribadinya ke Pantai Medical Centre. Anwar memang bijak memanipulasi keadaan untuk kepentingan peribadinya sendiri.
Ketika ditemui oleh media di Hospital tersebut, Anwar memberitahu kononnya dia terpaksa melakukan CT Scan dan terpaksa dipakaikan pendakap leher akibat dari kecederaan yang kononnya dilakukan oleh Polis.
Inilah skill lakonan Anwar yang memang terkenal sejak dari zaman Sg Buloh lagi.. Dalam sekelip mata Anwar boleh berubah darpada sihat walafiat terus kepada sakit nak mampus. Memang Anwar harus dinobatkan sebagai pelakon politik terbaik abad ini.
Rakyat harus buka mata dengan semua tipu helah Anwar. Semua ini dilakukannya semata-mata untuk melepaskan diri dari perbicaraannya tak lama lagi. Lakonan Anwar ini juga bertujuan untuk memburukkan imej Polis dan juga kerajaan DS Najib.
Anwar memang lah sebenar-benarnya manusia dua alam.. Anwar sanggup lakukan apa saja demi survival politik hapraknya. Hanya manusia yang buta dan tuli sahaja yang masih terpedaya dengan semua lakonan gampang Anwar ini!
Penulis : MyKMU  
Teman, doakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Pantai Medical Centre.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.

Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar - KeadilanDaily.




Dan seorang lagi :
Penulis : Kerabu Bersuara

ZoOM : APa KAta Anda ?



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!