Kisah dan gossip panas Nurul dan keluarga mencapai kemuncaknya apabila program popular di TV yang menyiarkan luahan keluarga dan ayah beliau. Dan hari ini Nurul AF2 dan suami tampil dengan jawapan berikut :
"Kami sudah mencuba berbagai cara termasuk meminta bantuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghubungi keluarga kandung saya namun tidak mendapat kerjasama.
"Kami sekeluarga telah ke Kuching dan pergi ke rumah penghulu kampung tersebut tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil," ujarnya pada sidang media yang diadakan di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Nurul berjanji akan menyelesaikan masalah keluarganya dan bertemu mereka selepas ini.
"Kini saya lebih berani untuk berhadapan dengan mereka kerana sudah mempunyai suami dan mahu menjernihkan keadaan.
"Secara jujur memang selama ini saya tidak pernah berjumpa dengan mereka dan hanya mengenali wajah kedua ibu bapa kandung ketika disiarkan di rancangan tersebut.
"Ini masalah keluarga dan bapa angkat yang banyak mengetahui cerita sebenar pula sudah meninggal dunia," ujarnya kesal.
Sementara itu, Nurul juga menafikan telah menukar nama sebenarnya Nurullah Zawawi kepada Nurullah Abdul Hamid dalam setiap urusan rasminya.
"Saya tidak pernah tukar nama sebenar saya dan menggunakan nama bapa kandung dalam segala urusan.
"Saya hanya gunakan nama tersebut untuk tujuan komersial sahaja selepas ini saya mahu dikenali dengan nama Nurullah Abdul Hamid @ Zawawi," ujarnya yang kesal dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan namanya.
Sementara itu, Munzil menjelaskan pernikahannya berlangsung pada 23 April lalu dan bukan 23 Mei seperti dilaporkan media.Credit : Mstar
"Ada media yang tersilap lapor bahawa kami bernikah pada 23 Mei tetapi sebenarnya 23 April. Disebabkan perkara itu, kami menerima pandangan negatif daripada masyarakat yang menganggap kami bersekedudukan.
"Saya harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan situasi kami sebagai suami isteri yang sah," katanya.
ZoOM : Apa-apa pun yang berlaku restu @ izin keluarga jika ingin mendirikan rumahtangga. Dan Semoga Nurul dan keluarga dapat merapatkan silaturahim yang terpisah sebelum ini.
Apa KOmen anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis