Jun 10, 2011

PERKIDA nak saman Penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai badan NGO (PERKIDA), yang berhasrat untuk menyaman Farid Kamil dan Syamsul kerana mendedahkan beberapa maklumat sulit pertubuhan tersebut didalam filem mereka. Menurut ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan penerbit dan pengarah yang dimaksudkan ada menggunakan kata sulit yang menjadi rahsia dikalangan ahli PERKIDA.

Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan terbaru mengenai campur tangan orang tertentu dalam kisah yang mungkin akan diperkatakan dilaman blog dan peminat seni diluar sana, dan berikut beberapa "Statement" yang sempat ZoOM "Copy and Paste" untuk bacaan anda di ZOoMartis & Facebook  :


Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
 
"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.
Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut. 
"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
ZoOM : Apa Kata ANda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!